Wednesday, November 4, 2009

SIJIL DR MAZA PALSU


Salam Blogger. Salam 1Malaysia.

Baru terbongkar hari ini bahawa orang yang bernama Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah penipu. Beliau berjaya menjadi seorang pensyarah, pendakwah yang akhirnya menjawat jawatan yang paling tinggi di dalam bidang agama Islam di dalam sesebuah negeri; iaitu Mufti yang bergelar Sahibul Samahah. Hebat Dr Maza. Drama dan sandiwara penipuannya berjaya mengabui semua pihak termasuk DYM Raja-raja Melayu yang telah bersetuju melantik beliau menjadi Mufti. Begitu juga pihak Rektor dan Senet UIA sendiri terbodoh oleh lakonan Dr Maza sehingga menghantar beliau untuk menyambung pelajaran ke peringkat PHD. Alangkah bodohnya orang lain kecuali seorang pegawai JAIS yang telah mendedahkan status Dr Maza. ( Lihat dalam Utusan Online 3/11 ) yang telah menipu taraf ijazahnya.

NG memandang perkara ini sudah menjadi semakin serius. NG melihat isu ini bukan lagi isu tauliah tetapi sudah menjadi isu penipuan yang paling tinggi standardnya. Hal ini tak boleh dibiarkan berlaku apatah lagi ia melibatkan Agama Islam.

Maka NG mencadangkan JAIS ambillah langkah yang sebaiknya. Jangan dibiarkan perkara ini berlanjutan. Ambillah tindakan yang seberat-beratnya kepada Dr Maza.

Bagi NG dan mungkin rakan-rakan lain amat bersetuju bahawa musim tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah dah berlalu. Kalau anak jantan; keris sudah sama di tangan; gelanggang sudah lama terbentang, ayuh hayun langkah. Tak guna kokok berderai di dalam reban yang akhirnya ekor dan kepala bersalut najis. Kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang berdakwat biar sampai hitam dan alang-alang kita dah melangkah jangan sekali toleh ke belakang. Ayuh JAIS, sinsing lengan dan kaki teruskan perjuangan. Pastikan kemenangan. Jangan sekali-kali mundur kelak orang menggelar kita AYAM BETINA.

2 comments:

  1. Barangsiapa yg percaya bahawa Dr. Maza penipi, sesungguhnya mereka sendirilah yg kena tipu hidup2. Antara yg kena tipu hidup2 ialah NG yg tak abis2 berfikiran dangkal dan hanya membaca kenyataan di sebelah pihak sahaja.

    ReplyDelete
  2. inikah kononnya "yang hitam katakan hitam, yang putih katakan putih"?...apa yg nk dijawab didepan Tuhanmu Rabbuljalil nanti?...bertaubatlah wahai penulis...wallahua'lam

    ReplyDelete