Friday, March 12, 2010

SPM dan Masa Depan Negara

Salam 1Malaysia.

Hari ini semua calon SPM 2009 akan mendapat keputusan masing-masing. Di dalam perjuangan sudah pasti akan ada yang cemerlang, baik dan cukup makan. Ini sudah adat perjuangan yang sememangnya diakui ramai.

Tahniah NG ingin ucapkan kepada semua clon SPM 2009. Yang berjaya teruskanlah perjuangan anda semua di dalam arus perdana pelajaran negara dan global. Dan bagi calon yang mendapat keputusan cukup makan; anda sebenarnya bukan gagal. Sebenarnya anda juga berjaya dan cemerlang kerana selepas ini anda juga akan meneruskan perjuanagan hidup anda.

NG ingin berbicara sedikit tersasar daripada topik yang dibincangkan ramai, kerana untuk sehari dua ini berita utama dan yang menjadi tumpuan adalah cerita kejayaan calon-calon yang mendapat kejayaan cemerlang.

NG ingin menarik perhatian semua ahli masyarakat dari semua lapisan kepada fenomena SPM untuk setiap tahun. Pada tahun ini seramai 465,853 orang calon yang mengambil peperiksaan SPM dan yang meendapat "straight A" seramai 7987 orang. Syabas kepada kumpulan ini kerana adat kata tempat untuk mereka meneruskan perjuanagan di arena palajaran telah tersedia.

Namun yang menjadi persoalan dan tanda tanya ialah bagaimana yang selebihnya? Mungkin selepas 7987 orang yang cemerlang ini masih ada lagi yang berepeluang meneruskan agenda pelajaran mereka. Mereka mungkin diberi peluang ke tingkatan enam, sekolah swata, pusat kemahiran dan sebagainya. Tapi berapa orang di kalangan mereka yang tidak cemerlang ini yang akan berjaya meneruskan perjuangan mereka? Adakah semua mereka akan meneruskan perjuangan mereka? Rasanya mustahil. Maka pada keadaan ini NG berpendapat kemungkinan sekitar 100,000 orang calon SPM ini akan meneruskan pengajian mereka sama ada di bidang akademik atau kemahiran. Jika andaian NG ini ada kebenarannya maka timbul pula tanda tanya; apa akang terjadi kepada calon SPM 2009 seramai sekitar 300,000 itu? Ke mana mereka membawa diri? Apa mereka akan buat bagi menggenapkan usia mereka bagi menjadi seorang dewasa? Apa pengisian masa mereka yang amat berharga itu? Atau adakah kita mampu dan tergamak membiarkan mereka ini terjun ke dalam masyarakat untuk menjadi ahli masyarakat dalam usia yang amat muda?

Inilah yang selalu berada di dalam pemikiran NG sepanjang masa. Bagi NG kita tidak boleh dan mampu untuk mensia-siakan aset yang paling berharga ini. Para pelajar yang masih setahun jagung ini sewajibnya kita hargai dan terima mereka ini sebagai harta utama negara kerana selepas kita merekalah yang akan menjadi warga Malaysia nanti. Jika dalam usia yang muda ini kita sudah buang mereka ke dalam masyarakat tanpa persediaan yang jitu dan mantap dari semua aspek, Ng fikir sudah tentu mereka akan hanyut dan lemas.

Sebenarnya pada pandangan NG ini suatu fenomena yang telah lama berlaku di negara kita selama ini yang akhirnya wujudlah pelbagai yang dipanggil gejala remaja. Selama ini pun tidak semua pelajar lepasa SPM ini yang berjaya meneruskan pengajian mereka sebalik amat ramai mejadi ahli masyarakat yang terbuang. Dan ahli masyarakat terbuang inilah yang kononnya dituduh sebagai pembawa masalah. Fikirlah.

Bagi NG golongan ramai bekas SPM ini tidak berdosa untuk dihukum sedemikian rupa. Mereka juga ada hak di negara ini. Mereka juga rakyat Malaysia yang terkindung di bawah perlembagaan negara. Jadi kenapa kita begitu zalim menghukum mereka ini sedangkan sebenarnya mereka tidak meminta untuk terjadi demikian dan dalam keadaan yang sama kita tidak memberi mereka peluang sama sekali.

Sebenarnya ini yang NG takuti selama ini. Dengan usia yang terlalu muda kita orang dewasa telah membuang mereka dari kehidupan mereka. Dalam usia mentah ini kita mereka. Dalam usia yang muda ini juga mereka telah dibiarkan mencari sebuah kehidupan tanpa panduan dan bimbingan. Alangkah malangnya mereka.

Dan senario ini akan berterusan jika kita tidak mengambil suatu langkah yang bersungguh untuk membantu mereka ini. Mereka adalah kumpulan teramai maka sepatutnya kita memberi perhatian yang sewajarnya.

Akhirnya NG amat berharap mendapat respon daripada semua sahabat untuk sama-sama kita membantu kumpulan ini. Janganlah kita suka menuding jari kepada kumpulan remaja ini jika timbul sebarang masalah. Mereka tidak meminta untuk terjadi demikian tetapi dengan usia yang muda tanpa sebarang ilmu dan pengalaman diminta dan dibiarkan hidup bersendirian di dalam masyarakat.

NG harap janganlah kita menyesal jika kumpulan ini pada suatu masa nanti akan menjual megara kita yang tercinta jika kita tidak menerima kehadiran mereka dan memberi mereka peluang dan bimbingan.


Tahniah Ayie dan Terima Kasih IZ

Hari ini keputusan SPM 2009 telah dikeluarkan. Ayie telah mendapat keputusan yang cemerlang - 9A. Tahniah abah ucapkan pada Ayie. Semoga keputusan hari ini akan menambah semangat dan kesungguhan Ayie untuk terus cemerlang pada hari muka. Kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan warden asrama Intan yang sudi menjaga dan membimbing Ayie sejak lima tahun yang lalu.

Sebenarnya lima tahun yang lalu Ayie telah mendapat 5A di dalam UPSR dan beliau layak untuk ke mana-mana sekolah asrama penuh tetapi Ayie menolak kerana ingin meneruskan pelajarannya di IZ. Kemudian tiga tahun kemudian sekali lagi beliau layak ke sekolah asrama penuh kerana mendapat keputusan 8A di dalam PMR, namun sekali lagi beliau enggan ke mana-mana kecuali meneruskan pelajarannya di IZ. Dan al hamdulillah hari ini beliau membuktikan bahawa bukan hanya sekolah asrama penuh sahaja boleh melahirkan pelajar cemerlang tetapi sekolah yang bukan asrama penuh juga layak dan mampu melahirkan pelajar sedemikian.

Syabas IZ dan teruskan kecemerlanganMU.