Tuesday, July 10, 2012

Untuk renungan kita bersama khususnya warga pendidik Malaysia terutama semua pendidik di negeri Terengganu ......ini petikan dari Blog Tinta Hijau; http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/06/lagi-bekas-pegawai-kanan-kerajaan.html

Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai Pas


Zabidi (dua dari kiri) dan Nazri (dua dari kanan) diraikan selepas menyerah borang
menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz

BAGAN SERAI: Belum reda isu kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai PAS, kini seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan mengikut jejak langkah sama.

Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.

Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.

“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.

Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan



Wednesday, May 9, 2012


GEMPAR!! Ramai pelajar Melayu tak tahu mengucap..

Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kajian itu dibuat tahun lalu membabitkan lima kelas di sekolah itu dan hasil kajian mendapati hanya pelajar di tiga kelas yang mempunyai pengetahuan agama.

“Sementara pelajar dalam dua kelas lagi tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, termasuk ada yang mengaku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Keputusan kajian ini mengejutkan kami, jika mengucap dua kalimah syahadah pun tak boleh, macam mana mereka nak solat,” katanya ketika merasmikan Penutup Program Pengukuhan Akhlak ‘Smart Solat’ Remaja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Program itu dianjurkan Pertubuhan Pembangunan dan Transformasi Insan Malaysia (P-TIM) yang bertujuan mengajak golongan remaja dan belia menguasai dan memahami asas solat.

Othman berkata, kajian seumpama itu pernah dilakukan terhadap 6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.

Beliau juga berkata, selain penguatkuasaan undang-undang, isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini mampu ditangani melalui pendekatan pendidikan solat.

Katanya, senario gejala sosial di kalangan remaja dan belia ketika ini menakutkan, kebanyakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah, merokok, melepak di pasar raya, bohsia, ponteng sekolah, zina dan menonton video lucah.

“Kebanyakan remaja yang bermasalah menghadapi masalah solat, iaitu mereka tidak solat di rumah, apatah lagi di masjid atau surau.

“Namun, lebih menyedihkan anak ini tidak pernah nampak ibu bapa mereka bersolat. Walaupun mereka bukan anak kami tetapi atas nama kemanusiaan, kami sangat bersimpati dengan mereka,” katanya.
Ruj: MPP Online (9Mei 2012)

Monday, May 7, 2012



Titisan Air Mata Seorang Ibu

Entah kenapa hati ini terusik dengan peristiwa Che Tom di dalam Berita TV3 semalam;  yang telah dipergunakan oleh UMNO. Che Tom telah diupah untuk menitiskan air mata seorang ibu. Licik sungguh UMNO yang sanggup “mengupah” seorang ibu untuk melakonkan skrip yang telah mereka sediakan. Sungguh licik permainan politik UMNO kali ini. Sanggup UMNO memperdaya ketulusan dan keluhuran hati seorang ibu untuk menghina anak lelakinya sendiri.  Memang UMNO jahat….Memang UMNO licik.
TETAPI:

Memang yang jahat adalah UMNO. Memang yang hitam kelam adalah UMNO. Memang yang tersohor dengan politik murahan adalah UMNO. Memang yang bangkrup politik adalah UMNO. Dan yang suka fitnah dan mengumpat adalah UMNO. Pendek kata UMNO kalau diletak di dalam gelap nescaya tiada langsung cahayanya.
Dannnn yang indah itu PKR. Yang murni itu adalah PKR. Yang bercahaya itu adalah PKR. Yang paling bersih adalah PKR dan yang paling suci adalah PKR. PKR ibarat sebiji berlian yang terpancar dari nirwana.
Tetapi kenapakah Timbalan Presidennya tidak semurni parti yang dipimpinnya? Kenapakah Timbala Presidennya sangat dayus? sangat pengecut dan sangat bacol sehingga ibu dan adik sendiri "sempat" dibeli oleh UMNO yang jahat itu. Bukankah setelah bapanaya arwah Haji Ali telah pergi buat selamanya terpikullah segala tanggungjawab keluarganya di bahu insan yang bernama Azmin bin Ali yang berkebetulan berjawatan Timbalan Presiden PKR. Jika ahli PKR yang jumlahnya jutaan orang boleh Tuan Azmin kawal dan arah dan sentiasa patuh arahannya  takkanlah sebuah keluarga bahagia yang kecil bilangan itu tidak tertanggung oleh Tuan? Ini adalah amanah arwah ayahanda di atas jemala Tuan. Allah mengingatkan kita agar menjaga nyawa, harta benda dan marwah kita. Jika kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam masa yang sama kita  membiarkan keluarga kita tiris untuk diselinap oleh UMNO yang jahat itu, ketua keluarga apakah ini? Apabila rumah kita dimasuki penjahat; maka kita ambil jalan mudah menuduh orang lain yang jahat tetapi kita tidak pernah kunci pintu keluarga kita dengan ikatan kasih sayang di dalam keluarga. Walaupun tangisan Mak Tom semalam adalah tangisan yang diupah oleh UMNO yang jahat itu; tetapi keluarga Tuan Azmin sebenarnya telah bocor dan tiris dengan begitu mudah sehingga UMNO yang jahat dan musuh yang nyata itu sempat masuk....Fikir2le Tuan Azmin jangan nanti orang kata "hati ibu sorang kita tak boleh jaga alangkah pula nak memerintah rakyat jelata." Wallahu Alam

“Bikinlah seperti kita cakap”

Sunday, April 29, 2012

SIAPA KATA BERSIH GAGAL???

Sebenar-benarnya  BERSIH amat berjaya. Sama ada
BERSIH I atau BERSIH 3.0.
Tahniah, syabas dan tabek kepada BERSIH....

BERSIH amat berjaya:

1.  Memusnahkan ekonomi negara; natijahnya apabila ekonomi negara musnah, rakyat akan derita dan pastinya rakyat akan berfikir apa punca sebenarnya? Jika rakyat rasional maka sudah pasti rakyat akan menyalahkan BERSIH.

2.  Merosakkan nama baik negara di mata dunia, padahal untuk meletakkan Malaysia di tahap sekarang bukanlah sesuatu kerja dan tugas yang mudah. Maka BERSIH telah berjaya menjadi seperti tikus mambaiki labu.

3.  Mengaibkan dan memalukan negara Malaysia di mata dunia yang sudah pasti akan memberi implikasi yang amat buruk kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara.

4.  Menjadi dalang kepada "orang luar" yang sentiasa iri hati dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia walaupun Malaysia tidak mengambil penasihat dari luar untuk membina sebuah negara yang majmuk. Ini terbukti pada era 97/98. Walaupun banyak negara di dunia pada ketika itu telah meminjam dan menerima syarat IMF tetapi Malaysia tidak mengambil langkah demikian kerana takut dijajah ekonomi.

5.  Membuka pintu seluas-luasnya kepada musuh-musuh negara untuk menyerang negara sama ada secara terang atau sembunyi. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpegang kepada ajaran Sunni. Dengan kata lain Malaysia adalah menjadi kubu Islam di Asia Tenggara dan Malaysia juga sebuah negara kecil amat tidak bersetuju dengan dasar-dasar Yahudi/Israel. Atas pendirian ini sudah pasti kita sentiasa terancam oleh mereka yang pro Yahudi jika kita tidak berhati-hati. Mereka akan mengguna apa saja alasan untuk campurtangan dan masuk campur di dalam hal ehwal negara kita jika kita dengan sengaja membuka pintu untuk polis dunia memasuki negara kita. Apalah lagi jika kita menjemput dan mengalu-alukan mereka masuk.

6.   Menakutkan pelancong atau pelabur luar untuk datang ke Malaysia. Jika usaha ini tidak di     bendung secara tuntas kesannya kepada pelancong/pelabur amat buruk. Mereka sudah tentu akan berasa amat cuak untuk datang ke Malaysia kerana gambaran yang mereka nampak ialah Malaysia adalah negara yang sentiasa huru hara dan yang paling ditakuti ialah Malaysia diletakkan sebagai negara pengganas.

7.  Merobah pemikiran orang luar daripada positif kepada negatif kerana kita kena ingat untuk     menanam sebatang pokok akan mengambil tenaga dan masa yang sangat banyak tetapi untuk      menumbangkannya akan mengambil masa beberapa saat sahaja.

8.  Mununjukkan sikap dan sifat BERSIH yang sebenar. Pemimpin BERSIH berkata BERSIH      adalah perhimpunan yang aman; tujuannya hanyalah membuat tuntutan berkait SPR sahaja. Ia tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Namun yang jelas BERSIH telah amat dicemari dengan ideologi politik pembangkang. Amat ramai pemimpin pembangkang muncul dengan simbol politik masing-masing. Dan sangat ramai pula di kalangan pemimpin ini yang memberi ucapan dan arahan kepada yang hadir untuk mengabaikan semua arahan pihak berkuasa. "kita akan takluk dataran merdeka walaupun dengan darah" laungan ini amat memberi pengaruh kepada ramai orang untuk menjadi hilang akal. Dengan jelas BERSIH telah berbohong. Semua yang dikata satupun tidak dikota. Rakyat dapat melihat dan menilai semua ini. Dan sudah pasti ia akan memberi implikasi kepada mereka yang di atas pagar. Maka jelas sifat hipokrit atau munafik amat releven kepada orang yang rasional pemikirannya. Dengan kata lain BERSIH berjaya membuka pekong di dalam ususnya yang busuk lagi menjijikkan.

9.  Menunjukkan kedangkalan dan kebodohannya kerana Dato' Ambiga bukannya calang-calang      personal dalam bidang undang-undang, beliau adalah seorang peguam yang tersohor apatah lagi suatu ketika pernah memimpin seluruh "lawyer" di Malaysia. Dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki tidak mungkin Dato' Ambiga tidak tahu, tidak maklum dan tidak faham dengan arahan mahkamah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita nampak BERSIH amat berjaya menunjukkan "tulang belakangnya" yang sebenar iaitu : tidak tahu nak hormat dengan undang-undang negara di mana bumi dipijak dan langit dijunjung. Orang biasa usahkan nak bantah arahan mahkamah, nak "tembo" lampu merah di tepi jalanpun takut biarpun ketika itu jam 3.00 pagi. Tetapi nampaknya BERSIH berjaya mendidik rakyat marhain bahawa undang-undang hanyalah untuk orang "biasa" tetapi untuk yang orang belajar dan hadham dengannya "tak jadi kudis dan gatal".

10.  Menyusahkan rakyat jelata khususnya di sekitar Lembah Klang. Dengar kata ( hear n say )       Kuala Lumpur dilanda "jem" besar dan kuat kesan dari sebuah agenda dari seorang yang bijak. Maka kedengaranlah di merata tempat mulut yang menyumpah seranah kepada BERSIH. Mereka amat marah dan benci dengan BERSIH walaupun sebelum ini mereka adalah golongan yang simpati dengan BERSIH.

11. Membuatkan rakyat semakin muak dan memualkan dengan perbuatan BERSIH. Usaha yang       dilaksanakan sebenarnya telah menjadi "boomereng". Dengan sifat keegoan dan ganasnya kumpulan BERSIH ini menyebabkan rakyat hilang simpati kepada mereka, sebaliknya mereka sudah membencinya. Mudah kata perhimpunan yang dianjur oleh Dato' Ambiga yang dinama BERSIH itu sebenarnya suatu usaha Ambiga yang amat jitu untuk menghancurkan semua parti pembangkang dan sebaliknya secara tak langsung memberi kredit yang besar kepada kerajaan. Semua tingkah laku buruk semasa perhimpunan itu sudah pasti akan digunakan sepenuhnya secara eksklusif oleh pihak yang berkepentingan untuk menarik perhatian rakyat untuk membenci pembangkang dan pada masa yang sama menyokong mereka. Gambar-gambar kereta polis yang diterbalikkan, gambar pegawai polis dan wartawan yang berlumuran darah itu sudah pasti akan banyak memberi impak kepada musuh pembangkang. Sayang sekali PR kurang arif dengan percaturan ini; mereka banyak dicaturkan oleh beberapa pemimpin baru di dalam politik yang banyak dipengaruhi oleh sentimen dan emosi bukannya rasional. Akhirnya  BERSIH sebenarnya menjadi peluru yang akan makan tuan kerana tersilap catur.
   
     Syabas dan Tahniah BERSIHHHH

Wallahu alam. 

Friday, April 27, 2012


BERSIH…. ( TAHARAH )


1.       Apa yang Ambiga nak sebenarnya?
2.      Apa yang PAS nak sebenarnya?

3.      Apa yang PKR nak sebenarnya?
4.      Apa yang DAP nak sebenarnya?

    Dan
    Apa yang rakyat jelata nak?
   Adakah kehendak mereka sama?
   Adakah objektif mereka sama?
   Adakah berlaku persamaan????

Wednesday, February 22, 2012

A LETTER
from mom and Dad



…….. My Child,
When I got old,

I hope you understand
and have patient with me
In case I break a plate,
or spill soup on the table because
I m loosing my eyesight,

I hope you don’t yell at me
Older people are sensitive.
….. always having selfpity when you yell

When my hearing gets worse
and I can’t hear what you’re saying,
I hope you don’t call me “Decaff”

please repeat what you said or
write it down.

I’m sorry my child,

……… I’m getting older.
When my knees get weaker,
I hope you have patience to
Help me set up
Like how I used to help you while you
were little,
Learning how to walk.

Please bear with me

When I keep repeating my self
Like a broken record
I hope you just keep listening to me
Please don’t make fun of me,
or
Get sick of listening to me
Do you remember when you were little
and you wanted a ballon?
You repeated yourself over and over
until you get what you wanted
………. please also pardon my smell.
I smell like an old person

Please don’t force me to shower.
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold.
I hope I don’t gross you out.

Do you remember when you were little?
I used chase you around
Because you don’t want to shower

I hope you can be patient with me
when I’m always cranky
it’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older
And if you have spare time,
I hope we can talk
Even for a few minutes

I’m always all by my self all the time
And have no one to talk to

I know you’re busy with work.
Even if you’re not interested in my stories,
Please have time with me.
Do you remember when you were little!
I used to listen to your stories
about your teddy bear.

When the time comes
and I get ill and bedridden,
I hope you have the patience to
take care of me.

IM SORRY


If i accidentally wet the bed
or make a mess
I hope you have the patience to
take care of me during the last
few moments of my life

I’m not going to last much longer, anyway
When the time of my death comes,
I hope you hold my hand
And give me the strength to face death

And don’t worry……….

When I finnaly meet our Allah……..
I will whisper in his ear
To BLESS you…

Because you loved
Your mom and Dad.
Thank you very much for your care.

We Love You.

with much love,
Mom and Dad

Wednesday, February 15, 2012


Kenyataan Anwar tak gugat Pakatan, kata Mat Sabu

SHAH ALAM – Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel meskipun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.

“Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.

“Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan Majlis Syura yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya mengenai Israel. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu tindakan yang tidak betul.

Nik Abdul Aziz menyarankan kepada Anwar sekiranya kenyataan itu telah diputar belit, beliau seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

Mohamad berkata, apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak menggugat hubungan antara parti yang ada dalam PR, malah Pas masih tetap bersama.

“Apa yang berlaku tidak akan menggugat hubungan kami dalam PR, kami mempunyai dasar perjuangan yang sama, dan saya yakin rakyat memahami perkara ini,” katanya.

Dipetik dari: Portal Perak Today

Komen:

Inilah yang terjadi di dalam organisasi PAS. Presiden kata A Timbalan pula kata B dan Mursyidul Am pula kata C. Sikap ingin jadi juara di dalam organisasi sendiri ini telah lama berlaku di dalam PAS. NG pernah menulis berkait isu royalty minyak di Kelantan dulu. Apabila PM DS Najib akan beri wang tersebut tetapi bukan atas nama Royalty tetapi sebagai bantuan kepda rakyat Kelantan, TGDS Nik Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan Kelantan mengalu-alukan dan menyambut baik langkah yang diambil oleh DS Najib. Namun dalam ketika dan masa yang sama Husam Musa telah membuat pendirian bahawa Kelantan menolak bantuan itu. Siapa Husam untuk membuat kenyataan tersebut sedangkan TG Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar sudah menyambut baik langkah tersebut. Inilah yang dikatakan nak jadi juara di dalam reban sendiri.

Hari ini berlaku lagi kisah yang sama di dalm PAS. Majlis syura sudahpun membuat keputusan di dalam mesyuarat menggesa DS Anwar menarik balik kenyataannya berhubung sokongan terhadap Israel atau saman WSJ atas penyiaran kenyataan DS Anwar tempoh hari. Keputusan yang dibuat oleh PAS adalah keputusan dasar yang diputuskan di dalam mesyuarat yang resmi. Ia bukan keputusan main-main. Maka sepatutnya semua ahli terutamanya barisan kepimpinan tertinggi akur dan menghormati keputusan tersebut. Soal ada yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut hendaklah dikemukakan di dalam mesyuarat dan apabila mesyuarat telah tamat dan sudah buat keputusan, tidak sesiapa lagi yang boleh membuat sebarang bantahan terhadap keputusan yang dibuat oleh mesyuarat. Inilah adab dan prinsip kita beroganisasi.

Namun mengikut kenyataan yang diberi oleh Mat Sabu kepada Sinar Harian amat menyedihkan. Beliau langsung tidak menghormati keputusan mesyuarat syura yang mungkin beliau sendiri hadir. Beliau seolah-olah mengingkari kerputusan mesyuarat bahkan memberi pandangan sendiri. Mat Sabu kena sedar bahawa beliau adalah orang nombor dua di dalam PAS, maka segala kata beliau adalah kata PAS dan sudah tentu ia menjadi dasar. Beliau kena jaga tutur katanya takut orang akan kata kita tak sedar bahawa masih nombor satu di dalam PAS.

Nampaknya terlalu ramai jogho di dalam PAS dan sikap tidak hormat parti semakin .....

Sunday, January 1, 2012

Kembali Ke Sekolah

Semalan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Palajaran ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah di Damansara menyatakan lebih seratus ribu kerusi dan meja murid telah diagih ke semua sekolah yang memerlukan. Dengan kata isu murid tiada kerusi dan meja pasti tidak akan berlaku.

Beliau juga menyatakan bahawa program seorang murid: satu set buku teks, satu kerusi dan satu meja tetap akan dilaksana seperti tahun-tahun lepas. Beliau memberi jaminan tidak akan berlaku murid tiada meja atau kerusi bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan 2012. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidik khususnya YAB Penteri Pelajaran yang begitu perihatin. Kami bersyukur.

Namun mungkin YAB Menteri terlupa dengan cerita lama yang insyaAllah akan berulang lagi pada tahun ini. NG harap tulisan ini tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Tujuan NG ingin sebut di sini ialah agar isu ini akan menjadi KPI utama Kementerian Pelajaran untuk tahun 2012 agar isu ini tidak berulang lagi.

NG pernah sebut sebelum ini banyak kali di dalam banyak perjumpaan dengan pihak tertentu agar ISU TIADA GURU di sekolah dapat diatasi segera kerana ia adalah isu serius.

Buat apa set buku teks lengkap serta kerusi mejanya cukup tetapi guru tiada di sekolah untuk mengajar anak-anak kita.

NG merayu kepada semua yang berkaitan tolonglah selesaikan isu guru tiada ini seperti yang sentiasa berlaku setiap tahun.

Wallahu Alam

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru…Selmat Tahun Baru….

Inilah ucapan yang saban tahun diulang dan dilafaz setibanya 31 Disember.

Maka pelbagai upacara atau majlis yang diadakan sepanjang 31 Disember menjelang tengah malam, bagi menyempurnakan acara sambutan tahun baru. Gembiranya kita kerana menyambut tahun baru yang akan menjelma. Sukanya kita kerana esok akan datang tahun baru yang bakal menjelang. Maka berhimpunlah seluruh rakyat jelata; tua dan muda, anak bini orang tak kira agama dan keturunan bagi menyambut tahun baru. Dari raut wajah tergambar sifat kegembiraan yang amat sangat. Berduyun-duyunlah mereka ke tempat majlis yang akan diadakan “pesta” tersebut.

Pabila matahari mulai hilang di ufuk maka pesta rasmi menjelang tahun baru pun bermula. Pelbagai ragam bentuk acara dipersembahkan tidak berhenti-henti menunggu menjelang tengah malam. Maka gegak gempitalah majlis tersebut dengan tepuk sorak dan hilai tawa yang hadir. Berhiburlah katakan.

Dan apabila tiba detik dua belas malam, maka kemuncak acarapun bermula. Terang benderang dan bergemerlapanglah langit dengan kilauan jutaan cahaya bunga api diselang seli dengan bunyi dentuman membelah langit. Sekali lagi suara riuh rendah bagai halilintar membelah bumi bergegar di tapak majlis tersebut. Alangkah meriahnya majlis sambutan tahun baru kali ini. Semua yang hadir tersenyum lebar kerana berpuas hati dengan acara dan persembahan yang berjalan.

Apapun: banyak soalan yang boleh kita tanyakan……jawablah sendiri dengan rasional sendiri berpandukan akal budi dan iman…