Friday, March 12, 2010



Tahniah Ayie dan Terima Kasih IZ

Hari ini keputusan SPM 2009 telah dikeluarkan. Ayie telah mendapat keputusan yang cemerlang - 9A. Tahniah abah ucapkan pada Ayie. Semoga keputusan hari ini akan menambah semangat dan kesungguhan Ayie untuk terus cemerlang pada hari muka. Kami sekeluarga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan warden asrama Intan yang sudi menjaga dan membimbing Ayie sejak lima tahun yang lalu.

Sebenarnya lima tahun yang lalu Ayie telah mendapat 5A di dalam UPSR dan beliau layak untuk ke mana-mana sekolah asrama penuh tetapi Ayie menolak kerana ingin meneruskan pelajarannya di IZ. Kemudian tiga tahun kemudian sekali lagi beliau layak ke sekolah asrama penuh kerana mendapat keputusan 8A di dalam PMR, namun sekali lagi beliau enggan ke mana-mana kecuali meneruskan pelajarannya di IZ. Dan al hamdulillah hari ini beliau membuktikan bahawa bukan hanya sekolah asrama penuh sahaja boleh melahirkan pelajar cemerlang tetapi sekolah yang bukan asrama penuh juga layak dan mampu melahirkan pelajar sedemikian.

Syabas IZ dan teruskan kecemerlanganMU.

No comments:

Post a Comment