Wednesday, May 9, 2012


GEMPAR!! Ramai pelajar Melayu tak tahu mengucap..

Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kajian itu dibuat tahun lalu membabitkan lima kelas di sekolah itu dan hasil kajian mendapati hanya pelajar di tiga kelas yang mempunyai pengetahuan agama.

“Sementara pelajar dalam dua kelas lagi tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, termasuk ada yang mengaku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Keputusan kajian ini mengejutkan kami, jika mengucap dua kalimah syahadah pun tak boleh, macam mana mereka nak solat,” katanya ketika merasmikan Penutup Program Pengukuhan Akhlak ‘Smart Solat’ Remaja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Program itu dianjurkan Pertubuhan Pembangunan dan Transformasi Insan Malaysia (P-TIM) yang bertujuan mengajak golongan remaja dan belia menguasai dan memahami asas solat.

Othman berkata, kajian seumpama itu pernah dilakukan terhadap 6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.

Beliau juga berkata, selain penguatkuasaan undang-undang, isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini mampu ditangani melalui pendekatan pendidikan solat.

Katanya, senario gejala sosial di kalangan remaja dan belia ketika ini menakutkan, kebanyakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah, merokok, melepak di pasar raya, bohsia, ponteng sekolah, zina dan menonton video lucah.

“Kebanyakan remaja yang bermasalah menghadapi masalah solat, iaitu mereka tidak solat di rumah, apatah lagi di masjid atau surau.

“Namun, lebih menyedihkan anak ini tidak pernah nampak ibu bapa mereka bersolat. Walaupun mereka bukan anak kami tetapi atas nama kemanusiaan, kami sangat bersimpati dengan mereka,” katanya.
Ruj: MPP Online (9Mei 2012)

Monday, May 7, 2012



Titisan Air Mata Seorang Ibu

Entah kenapa hati ini terusik dengan peristiwa Che Tom di dalam Berita TV3 semalam;  yang telah dipergunakan oleh UMNO. Che Tom telah diupah untuk menitiskan air mata seorang ibu. Licik sungguh UMNO yang sanggup “mengupah” seorang ibu untuk melakonkan skrip yang telah mereka sediakan. Sungguh licik permainan politik UMNO kali ini. Sanggup UMNO memperdaya ketulusan dan keluhuran hati seorang ibu untuk menghina anak lelakinya sendiri.  Memang UMNO jahat….Memang UMNO licik.
TETAPI:

Memang yang jahat adalah UMNO. Memang yang hitam kelam adalah UMNO. Memang yang tersohor dengan politik murahan adalah UMNO. Memang yang bangkrup politik adalah UMNO. Dan yang suka fitnah dan mengumpat adalah UMNO. Pendek kata UMNO kalau diletak di dalam gelap nescaya tiada langsung cahayanya.
Dannnn yang indah itu PKR. Yang murni itu adalah PKR. Yang bercahaya itu adalah PKR. Yang paling bersih adalah PKR dan yang paling suci adalah PKR. PKR ibarat sebiji berlian yang terpancar dari nirwana.
Tetapi kenapakah Timbalan Presidennya tidak semurni parti yang dipimpinnya? Kenapakah Timbala Presidennya sangat dayus? sangat pengecut dan sangat bacol sehingga ibu dan adik sendiri "sempat" dibeli oleh UMNO yang jahat itu. Bukankah setelah bapanaya arwah Haji Ali telah pergi buat selamanya terpikullah segala tanggungjawab keluarganya di bahu insan yang bernama Azmin bin Ali yang berkebetulan berjawatan Timbalan Presiden PKR. Jika ahli PKR yang jumlahnya jutaan orang boleh Tuan Azmin kawal dan arah dan sentiasa patuh arahannya  takkanlah sebuah keluarga bahagia yang kecil bilangan itu tidak tertanggung oleh Tuan? Ini adalah amanah arwah ayahanda di atas jemala Tuan. Allah mengingatkan kita agar menjaga nyawa, harta benda dan marwah kita. Jika kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam masa yang sama kita  membiarkan keluarga kita tiris untuk diselinap oleh UMNO yang jahat itu, ketua keluarga apakah ini? Apabila rumah kita dimasuki penjahat; maka kita ambil jalan mudah menuduh orang lain yang jahat tetapi kita tidak pernah kunci pintu keluarga kita dengan ikatan kasih sayang di dalam keluarga. Walaupun tangisan Mak Tom semalam adalah tangisan yang diupah oleh UMNO yang jahat itu; tetapi keluarga Tuan Azmin sebenarnya telah bocor dan tiris dengan begitu mudah sehingga UMNO yang jahat dan musuh yang nyata itu sempat masuk....Fikir2le Tuan Azmin jangan nanti orang kata "hati ibu sorang kita tak boleh jaga alangkah pula nak memerintah rakyat jelata." Wallahu Alam

“Bikinlah seperti kita cakap”