Wednesday, November 4, 2009

ANTARA HUSAM DAN NIK AZIZ


Salam Blogger dan Salam 1Malaysia

Entah apa mimpi yang YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia dapat atau entah apa petunjuk yang beliau terima kita tak tahu kerana hari ini beliau telah umumkan bahawa Negeri Kelantan juga akan diberi hak untuk menikmati wang hasil minyak mulai tahun 2010 walaupun dari segi undng-undang Kelantan sebenarnya tidak layak.

Telah begitu lama Kerajaan Kelantan menagih wang tersebut tetapi tidak berhasil. Namum berita yang mungkin menggembirakan rakyat Kelantan itu muncul di parlimen hari ini. Sama ada ini adalah sebahagian daripada strategi 1Malaysia atau ini mungkin juga sebahagian daripada strategi DS Najib ingin berbudi dengan rakyat Kelantan agar dapat merampas Kelantan di dalam pilihanraya akan datang kita tidak tahu. Tetapi yang pastinya jika wang ehsan ini hadir di Kelantan sudah tentu banyak perubahan yang akan berlaku di Kelantan.

Namun berita wang ehsan ini sebenarnya sangat tidak menarik jika kita melihat kepada refleksi pemimpin PAS di Kelantan itu sendiri. Yang menariknya ialah respon dua pemimpin Kerajaan Kelantan; pertamanya dari YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Pusat dan keduanya dari EXCO Kanan Kerajaan Kelantan YB Dato' Husham.

Seperti di dalam posting yang lepas NG ada sebut bahawa kita sebagai bukan orang politik amat sukar memahami sepak terajang politik PAS. Apa tidaknya? Tuan Guru Nik Aziz akan melangsaikan nazarnya untuk berpuasa tiga hari kerana kerajaan pusat meluluskan wang ehsan kepada Kelantan walaupun tidak senang dengan istilah wang ehsan. Namun dalam masa yang sama EXCO Kanan Kerajaan Kelantan yang merupakan ahli Majlis Tertinggi PAS Pusat mentah-mentah menolak sumbangan wang ehsan tersebut dan sebaliknya bercadang untuk membawa isu royalti minyak ini ke mahkamah di Amerika Syarikat. Yang kita rasa pelik dan ajaib ialah dari mana keputusan menolak wang ehsan itu Husam dapat. Adakah keputusan menolak itu telah dibuat di dalam mesyuarat exco Kelantan, atau adakah keputusan menolak itu merupakan pendirian PAS Kelantan setelah dibuat mesyuarat tergemparnya atau adakah kenyataan Husam itu merupakan pendapat nafsu nafsi peribadinya yang langsung tidak mendapat restu MB atau Jawatankuasa PAS Negeri Kelantan. Entahlah YB Husam, kalau terlajak perahu boleh gosetan tapi terlajak kata YB kena cari orang kuat untuk backing YB. Kalau tidak orang akan panggil YB Husam ibarat lebih lajak pada laju.

Sebab itulah NG katakan kita sukar nak faham permainan politik PAS; satu kata terima dan bersyukur dan yang satunya tolak bulat-bulat. Dan yang membuat kenyataan pula jauh beza kategorinya; yang satu Menteri Besar merangkap Mursyidul Am dan yang seorang lagi adalah EXCO dan hanya bertaraf ahli majlis teringgi PAS Pusat. Alahai pening kepala deng - kato orang nogori.

Sebab itu Tuan Guru kata ada orang yang ghot ghat dalam PAS ... alahai

1 comment:

  1. Kerajaan pusat akhirnya terpaksa akur dengan desakan suara rakyat Kelantan supaya royalti minyak dikembalikan setelah terbukti bahawa memang benar telaga minyak tersebut adalah di dalam perairan Kelantan. Kini apa yg disuarakan oleh pemimpin Pas Kelantan terbukti benar belaka w/pun sebelum ini kerajaan BN yg tidak pernah mengenal amanah kerana sering pecah amanah telah berdolak dalik dengan berbagai alasan bagi mengagalkan usaha tuntutan tersebut. Agak menghairankan masih ramai lagi Melayu Islam yg mengampu, membodek dan menyokong BN sebuah kerajaan yg tidak beramanah semata-mata untuk mendapatkan secebis habuan, pangkat dan kedudukan di dunia semata-mata.

    ReplyDelete