Saturday, January 2, 2010

SELAMAT DATANG TAHUN 2010


Salam 1Malaysia.

Semalam seluruh umat manusia di bumi ini telah menyambut kedatangan tahun baru; tahun 2010 m. Kedatangan tahun Masehi tetap disambut meriah setiap tahun seperti biasa kedatangan tahun baru. Amalan ini juga tetap diamalkan di negara kita Malaysia.

Di dalam laporan media semalam baik yang bercetak atau letronik dilaporkan bahawa rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan menyambut ketibaan detik 12 malam 1 Disember 2009 dan detik pertama 1 Januari 2010.

Apa yang kita nampak, detik pertama 2010 itu amat ditunggu-tunggu ketibaannya oleh para peminatnya. Sebab itu mereka telah bersedia sejak siang lagi. Ini jelas apabila kita lihat berduyun-duyun anak-anak muda bergerak ke arena-arena sambutan tahun baru di seluruh negara sejak awal-awal lagi. Ini ditambah lagi dengan kerjasama dan sumbangan pihak-pihak tertentu yang telah menyediakan pelbagai bentuk pertunjukan dan hiburan. Maka pada malam 1 Januari 2010 itu berhimpunlah mereka beramai-ramai dan bersesak-sesak di tempat-tempat yang diadakan pertunjukan dan hiburan tersebut. Pelbagai acara telah dilangsungkan pada maam itu sama ada ia dianjurkan atau dianjur sendiri hingga pagi.

Lalu NG terfikir dan mungkin rakan-rakan lain juga terfikir; Kenapakah kita terpaksa sambut tahun baru sedemikian cara setiap tahun? Adakah jika kita tidak sambut tahun baru akan menjadi dosa besar kepada kita? Adakah jika kita tidak sambut tahun baru maka Malaysia tidak dianggap sebuah negara moden? Adakah kita akan dianggap tidak setaraf negara lain yang bukan Islan tarafnya jika kita tidak bersama mereka menyambut tahun baru? Atau adakah kita akan dianggap berjaya menjadi sahabat mereka jika kita berjaya MENIRU caragaya mereka menyambut tahun baru? Atau adakah pihak berkuasa seperti Polis, JPJ, AADK dan lain-lain agensi itu tidak ada kerja lain untuk dibuat selain mengejar dan menangkap orang yang menyambut tahun baru? Adakah pihak berkuasa agama Islam juga tidak ada kerja selain terpaksa mengendap pasangan-pasangan bukan muhrim bermadu kasih? Atau adakah.... adakah...

Inilah persoalan yang timbul. Marilah wahai umat Islam kita bersama berfikir adakah kita telah menjadi orang Islam yang sebenarnya??

No comments:

Post a Comment