Wednesday, January 6, 2010

Kalimah Allah: Khalid Minta Rujuk Kepada Pakar

Salam 1Malaysia. Hari ini 6 Januari 2010 di dalam mStar Online Khalid Samad meminta isu Kalimah Allah hendaklah dirujuk kepada pakar. (Sila rujuk mStar Online hari ini). Syukur Khalid Samad nampaknya sudah mula menerima hakikat bahawa "hanya jauhari yang kenal manikam". Semangat dan sikap inilah yang kita perlukan dimiliki oleh setiap orang. Kata orang kalau tak tahu jangan bercakap; lebih baik diam kerana dengan diam kita tak menimbulkan fitnah.

Di sini NG (walaupun jahil) ingin menyingkap suatu senario yang sangat mudah difahami. Ceritanya begini:

Ada sebuah kampung. Kampung ni aman, damai dan sejahtera rakyatnya. Di dalam kampung ni pula terdapat Tok Ketua yang amat prihatin dengan anak buahnya. Tok Ketua ni sentiasa mengambil berat dengan anak buahnya. Dengan kata lain: rakyat didahulukan.

Di dalam kampung ini pula, terdapat pelbagai punca hasil masghulnya. Ada nyior, ada padi, ada kebun getah, ada laut tempat rakyatnya cari makan dan berbagai-bagai kemudahan yang disediakan. Pendek kata sebut apa saja; semuanya ada. Maka rakyatnya hidup senang lenang.

Memang menjadi kebiasaan lokasi yang macam ni menjadi idaman banyak pihak. Orang luar sentiasa mengintai untuk merampas kampung ni. Orang ni nak masuk dah tentu dia tak berani sebab ini kampung orang. Mereka ni bukannya mahir dengan selok belok keadaan kampung tu. Maka jalan yang paling senang mereka ni nak masuk ke kampung dengan menggunakan orang kampung itu juga. Maka berusahalah mereka untuk bersahabat dengan orang kampung tersebut dengan niat untuk nak meminta tolong tunjuk jalan kalau dia nak masuk nanti agar tidak tersasar. Dalam mereka mereka berusaha mencari rakan kongsi untuk melunas niat jahat dia tu, al kisah terdapatlah beberapa rakyat kampung tersebut sanggup membantu kawan barunya tadi untuk masuk ke kampungnya. Al kisah apabila mereka sudah dapat masuk ke kampung tersebut maka orang jahat ni berjayalah merompak harta kekayaan di dalam kampung tersebut dengan bantuan orang kampung itu juga.

Selepas kampungnya dirompak barulah sisahabat tadi melopong.

Sesal pun dah tak guna. Lu fikir le sendiri

1 comment:

  1. Saudara NG,
    Dalam mana-mana organisasi pun begitulah. Mungkin rakyat kita dah berasa cukup kenyang dan buncit agaknya. Tahniah atas ketulusan saudara menulis tanpa berpihak kecuali kepada kebenaran.

    ReplyDelete