Sunday, January 24, 2010


>Kerajaan Tidak Bercadang Menarik Balik Elaun Anggota Sektor Awam

Salam Blogger dan Salam Persaudaraan

Akhir-akhir ini NG banyak dihujani dengan pertanyaan berkait dengan elaun COLA dan ITKA yang sedang dinikmati oleh seluruh anggota sektor awam di Malaysia. Puas NG maklumkan kepada semua sahabat bahawa itu semua adalah berita angin yang ada niat jahat. Namun para sahabat masih lagi percaya bahawa isu itu benar; kononnya sudah ada orang menerima pekeliling yang berkaitan. Bagi mengesahkan bahawa kerajaan tidak bercadang menarik balik semua elaun itu di kelipkan berita dari mStar Online pada hari ini:

Kerajaan Tidak Pernah bincang Hapuskan COLA

KOTA BHARU: Isu pengurangan atau penghapusan Elaun Sara Hidup (COLA) yang dinikmati penjawat awam sekarang tidak pernah dibincangkan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin hari ini.

Beliau berkata, isu itu sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang berkepentingan untuk menimbulkan keresahan rakyat di samping menimbulkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan menangani kesan kemelesatan ekonomi dunia.

"Isu COLA ini sebenarnya tak ada, cuma diada-adakan oleh pembangkang untuk menunjukkan kepada umum bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap nasib penjawat awam dalam menangani isu kegawatan ekonomi yang dialami negara sekarang," katanya di sini.

Beliau yang sebelum itu merasmikan pembukaan cawangan Bank Simpanan Nasional di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dekat sini berkata, selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", kerajaan akan tetap menjaga kebajikan rakyat.

"Apa yang penting rakyat jangan terpengaruh dengan khabar-khabar angin oleh pihak pembangkang yang cuba mencari kepuntungan daripada modal politik sempit mereka itu," katanya.

Baru-baru ini, isu penghapusan COLA dibangkit dalam blog selain disebarkan menerusi SMS, kononnya sebagai langkah penjimatan, memaksa Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment