Sunday, January 24, 2010



Gajah Sama Gajah Bergaduh .......

Salam blogger dan Salam Persaudaraan.

Bermula dengan perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit kalimah Allah bermulalah satu titik hitam di dalam sejarah perhubungan kaum di Malaysia. Sejak itu pelbagai perhimpunan aman dan tak aman telah berlangsung bagi membantah kebenaran Kalimah Allah kepada penganut Agama Kristian di Malaysia. Ini diikuti dengan percubaan membakar gereja di Kuala Lumpur, Di Sarawak dan percubaan membakar pondok kawalan sekolah di Taiping. Dan baru-baru ini di Daerah Muar, Johor dua buah surau cuba dibakar oleh mereka tidak bertanggung jawab. Ini semua akibat daripada sentimen yang brjaya dimainkan oleh kumpulan manusia yang AMAT tidak bertanggung jawab.

Wahai rakyat Malaysia, adakah kita terfikir kenapakah ini boleh terjadi di negara yang kita sayangi ini? Apakah kita sudah bosan hidup sejahtera dan aman damai seperti yang kita lalui selama ini? Adakah kita rasa kita sudah puas dengan keamanan dan kesenangan yang kita nikmati selama ini? maka kita telah berusaha sedaya upaya untuk menghuru harakan negara kita Malaysia? Apakah corak dan bentuk negara yang akan kita pusakakan kepada anak cucu kita pada masa akan datang? Adakah kita snggup wariskan sebuah negara hancur lebur kepada anak cucu kita suatu hari kelak?

NG rasa majoriti di kalangan kita tidak ingin melihat negara kita huru-hara. NG rasa majoriti kita rakyat Malaysia masih sayangkan negara ini. Dan NG percaya amat ramai di kalangan kita akan berasa amat sedih dan sayu jika negara menjadi haru biru dan porak peranda.

Siapakah manusia yang menyimbah minyak ini dan siapakah manusia yang sedang menyalakan api di tanah air kita ini? Sebagai rakyat Malaysia yang arif dan faham dengan sejarah dan tradisi negara ini sudah tentu kita terlalu amat mengerti dan faham duduk perkaranya. Ini semua adalah angkara sebahagian kecil di kalangan rakyat Malaysia yang amat tamak kuasa dan kononnya ingin menjadi jaguh di kalangan rakyat Malaysia. Mereka ini bukan peduli sangat dengan kita sebagai rakyat marhain negara ini, kerana bagi mereka, apa yang maha penting bagi mereka ialah kepentingan dan kememnangan peribadi dan kaum kerabatnya adalah menjadi cita-cita dan kepuasan. Inilah cita-cita kumpulan bangsat dan hina ini. Kerana sebuah kekuasaan mereka sanggup lakukan apa sahaja. Mereka ini sebenarnya bukan pembela bangsa dan negara, kerana mereka sanggup bertempur sesama mereka dengan menggunakan apa sahaja peluru. Sebenarnya jiwa mereka sangat kecil dan dayus.

Inilah yang dikatakan: Gajah Sama Gajah Begaduh kita kumpulan marhain yang akan hancur.

No comments:

Post a Comment