Saturday, January 23, 2010

Nik Aziz dan Media


Salam 1Malaysia. Salam Persaudaraan.

Semalam YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sekali lagi merungut kepada media kerana banyak membesar-besarkan isu "cah keting" di dalam PAS. Beliau berkata bahawa isu ini merupakan isu lama yang bersufat universal dan berlaku di mana-manapun bukan hanya di dalam PAS sahaja.

NG amat bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz itu. Memang isu mengangkat puak dan suku sakat di dalam mana-mana organisasi demi kepentingan diri sendiri atau perjuangan sempit puak tertentu ni memang sudah menjadi lumrah dan asam garam di dalam mana-mana organisasipun. NG pernah menulis dulu berkait organisasi dan orang di dalam organisasi. Semua organisasi adalah baik dan bersih tetapi yang mengotorkan sesuatu organisasi adalah orang yang ada di dalam oraganisasi tersebut. Mereka yang sengaja terlibat dengan organisasai itu sebenarnya mempunyai "hidden agenda" atau mempunyai udang di sebalik mee. Mereka akan gunakan organisasi tersebut untuk mencapai cita-cita peribadi mereka tanpa memikirkan kaedah yang diguna itu suci atau tidak; yang penting cita-cita mereka tercapai. Salah satu kaedah untuk mencapai cita-cita peribadi ialah "cah keting" atau "peteh keting" atau .....

Inilah budaya yang masih dan akan diteruskan dalam mana-mana organisasipun selagi masih ada manusia jijik yang bercita-cita besar demi kepentingan diri dan suku sakatnya. Sebab itulah NG amat bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz itu. Isu ini tetap akan mendarah daging di dalam mana-mana pertubuhan tanpa mengira ia badan politik atau NGO. Dan hal ini merupakan duri dalam daging yang tak sudah-sudah di dalam penerusan perjuangannya sesebuah badan atau organisasi.

Namun NG ingin komen sikit berkait kenyataan Nik Aziz berkait dengan peranan media yang dianggap "melampau" di dalam menjaga tepi kain PAS terutamanya PAS Kelantan. Nik Aziz amat tidak berpuas hati dengan media "rencam" dan arus perdana yang banyak mengeksploit isu yang melanda Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS. Dikatakan media terlalu banyak "memfitnah" PAS khususnya batang tubuh dan kaum kerabat Nik Aziz sendiri. Media sekarang sudah berani menyelak kain Nik Aziz dan kaum kerabatnya bukan setakat menjaga tepi kain sahaja. Padahal dulu isu sebegini langsung tak timbul.

Maka NG ingin lontarkan isu ini kepada para blogger kenapa isu ini terjadi sekarang? Marilah kita berfikir sejenak dengan hati yang bersih dan tulus tanpa memihak pada mana-mana. Kenapa ia tidak berlaku dua puluh tahun dulu. Diharap Nik Aziz bolehlah berfikir secara matang dan rasional, janganlah asyik menyalahkan media semasa atau mengalihkan semua isu tersebut kepada pihak lain. Nik Aziz harus faham bahawa tidak semua orang sebulat hati bersama Nik Aziz dan PAS kerana masih ramai yang tidak bersetuju dan tidak menyokong PAS. Begitulah sebaliknya; tidak semua penduduk Malaysia yang bersetuju dan menyokong Barisan Nasional/UMNO.

Maka Nik Aziz harus terima kenyataan dan hakikat bahawa semua media yang banyak berkata tentang kelemahan dan keburukan PAS itu adalah mereka yang pro BN/UMNO. Dan yang paling penting dalam masa yang sama masih banyak media sama ada yang bersifat arus perdana atau blog yang menghentam dan memfitnah BN/UMNO secara amat agresif sehingga kini. Tidak kurang juga akhbar elektronik dan blogger yang terus memfitnah dan menyelak kain BN/UMNO. Maka dalam kedaan ini NG harap Nik Aziz juga buatlah kenyataan agar semua yang terlibat di dalam industri yang dianggap "fitnah" dan "menyelak Kain" ini berhenti secara tuntas. Ini baru dikatakan adil; jangan yang hentam kita ; kita marah tetapi banyak blog lain yang hentam orang lain terutama musuh kita, kita diam dan yang paling tak adil kita sokong pula. Nik Aziz tolonglah jadi orang rasional bukan emosional dan jadilah orang yang praktikal dan bukannya orang yang jumud selaras dengan kedududkan Nik Aziz yang merupakan ulamak dan ilmuan besar di dalam Islam.

1 comment:

  1. Saudara NG, inilah yang susahnya orang kita. Apabila ada masalah cepat-cepat cari media. Apabila kena batang hidung, tempelak media. Yang bersifat macam ni ada pelbagai latar belakang. Ada orang BN, ada orang PAS, ada orang PKR, ada orang DAP, bahkan ada orang-orang. Hehehe...
    Susah betul. Yang bertaraf pengarah jabatan (orang cerdik hal ilmu) pun jadi dangkal. Masa pihaknya tempa kecemerlangan, berebut cari media, tetapi apabila ada sedikit kepincangan dilaporkan, dimaki hamunnya media. Alahai...

    ReplyDelete