Thursday, October 8, 2009

KALAU JAHIL SILA BELAJAR

Salam blogger dan slam 1Malaysia.

Hari ini saya rasa lega apabila dapat membuat catatan di sini. Sebenarnya sebelum saya membuat catatan ini saya sudah banyak kali berfikir dan istiqarah. Prinsip dan pegangan saya ialah saya tidak akan bergaduh atau berbalah dengan orang jahil, bebal dan bodoh sebab kalau kita bergaduh dengan orang gila; orang kata bukan orang tu yang gila tapi kita yang gila. Tetapi entah kenapa kali ini saya tidak lagi dapat bertahan dengan prinsip yang pegang itu.

Nyatanya sehari dua baru-baru ini ada seorang pemimpin guru (ada pangkat) membuat kenyataan terbuka bahawa semua guru tak perlukan kesatuan (union) untuk membela mereka sebaliknya semua guru hendaklah berusaha secara sendiri untuk mencapai kejayaan baik untuk naik pangkat atau sebagainya. Tak payahlah harapkan union bantu mereka sebab kata pemimpin itu union tidak buat apa-apa dan tak boleh buat apa-apa. Union ni lebih kepada syok sendiri saja.

Pemimpin itu terus mengukuhkan hujah dengan mengambil contoh: pengarah dah boleh jadi JUSA, Guru Cemerlang dah boleh jadi JUSA, Pengetua dah boleh jadi DG52/54. Ini semua kerana mereka sendiri. Ini semua bukannya union yang beri. Itu semua bukan union yang usaha.

Maka kesimpulan pemimpin guru ni; janganlah percaya dan harapkan union untuk membantu kaum guru sebaliknya guru-guru kena urus diri sendiri untuk mencapai cita-cita mereka khususnya dalam bidang baik pangkat.

Ini isu yang amat mengganggu fikiran saya kerana saya adalah di kalangan pemimpin union yang tak naik pangkat macam pemimpin yang bercakap tuh. Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin itu sebenarnya tak perlu saya endahkan biarkan ia berlalu bersama angin lalu. Tetapi keraan kenyataan itu keluar dari mulut seorang pemimpin guru maka ia sudah pasti banyak implikasinya.

Pertama kenyataan itu menunjukkan dan menggambarkan betapa jahil dan dangkal orang membuat kenyataan tersebut. Dia tak tahu apapun berkait dengan kepentingan dan peranan union. Dia sebenarnya amat jahil dalam bidang union. Jadi kalau kita tak tahu jangan bercakap, lebih baik bercakap dalam bidang yang kita expert sahaja. Nanti orang kata kita ni bodoh sombong. Kalau kita tahu pasal ikan sekila tak payahlah kita bercakap pasal ayam serama sebab kita memang bodoh dalam bidang ayam serama.

Kedua kenyataan pemimpin itu akan melunturkan semangat ingin berpersatuan di kalangan guru. Kata orang kita dengan mudah dapat mematah sebatang lidi tetapi amat sukar kita mematahkan seberkas lidi. Ini kekuatan yang ada jika kita bersatu.

Kenyataan itu juga amat menjatuhkan maruah pemimpin guru itu. Jangan kita ingat semua orang akan bersetuju dengan kenyataan kita kerana masih ramai yang tidak bersama dengan kenyataan kita. Kita kena ingat bahawa setiap pemimpin adalah menjadi fasilitator kepada yang dipimpin.

Maka di sini suka saya nyatakan secara ringkas apa itu union?

Union atau kesatuan sekerja ialah sebuah pertubuhan yang halal. Ia ditubuh di bawah akta buruh negara. Ia sentiasa dipantau oleh Register of Trade Union (RTU) sepanjang masa. Union juga diiktiraf oleh kerajaan kerana ia juga diiktiraf oleh perlembagaan negara. Pengiktirafan inilah yang menyebabkan union telah diterima sebagai rakan strategik kerajaan. Terdapat pelbagai platform yang diwujud oleh kerajaan bagi memudahkan union menyalurkan segala pendapat pekerja.

Ini jauh berbeza dengan segala macam pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak tertentu yang statusnya entah ke mana?

Union ditubuhkan bukan sekadar untuk membela kaum pekerja tetapi dalam masa yang sama union juga berperanan menyelamatkan kerajaan dan negara. Inilah di antara peranan union. Sebab itu kalau tak tahu jangan bercakap nanti orang kata kita bodoh. Lebih baik diam saja.

Lega rasanya bila boleh luahkan sedikit rasa terbuku dengan tohmahan dan kata-kata yang memperkecilkan union.

Secara khusus kita nak tanya pemimpin yang buat kenyataan tuh, berapa kali orang biasa (bukan pemimpin union) boleh berjumpa dan berbincang berkait dengan gaji, elaun, syarat perkhidmatan dan skim perkhidmatan dengan orang kerajaan termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN)? Kalau dapat hadirpun hanyalah sebagai pak pacak di dalam majlis yang besar. Berapa kali orang biasa (bukan pemimpin union) yang ada peluang untuk berbincang dengan pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) malah Perdana Menteri? Tetapi kami di dalam union sentiasa dipanggil oleh pemimpin negara untuk berbincang apa saja isu yang berkait dengan pekerja.

Dan banyak lagi tugas union yang nak saya nyatakan. Tunggu lain kali.

8 comments:

  1. Union tu adalah tempat utk mereka yg suka tinggalkan kerja utk hadir mesyuarat dan menyertai aktiviti/pogram union semata-mata. Cukup bulan terima gaji tp kerja asyik ponteng sbb asyik dgn union

    ReplyDelete
  2. Orang yang kata guru tak perlu kesatuan tu ialah orang yang bodoh, bengong dan sombong.... Kalulah tak perlu kesatuan, nape kesatuan ada di mana2.... hata pekerja ladang pun ada kesatuan....

    ReplyDelete
  3. Orang yang kata gitu tu pun sebenarnya kemaruk pangkat... dengar kata masih dg 44 tapi memangku dg 52.... Pelik betullll.... Orang nak tendang dia ke BTP Marang(dulu PSPN), dg 44 memangku dg 48,dia tak nak, pergi jumpa pak menteri merayu supaya dikekalkan di Ketua Sektor akademik JPNT.... Tak malu....

    ReplyDelete
  4. Wahai cikgu2 teganung ... Buka lah buku rekod mengajar, muka depan2, kertas warna merah, bawah sekali, no. 6, ...tanggungjawab kepada profesion dan rakan sejawat " akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru" bunyi ayatnya... apa benda tu....kalulah kesatuan tak penting, nape ada ayat tu ????

    ReplyDelete
  5. Wak kira kertas merah dalam buku rekod? Kelakarnya! Ni, DGA29 Hakiki yang mengajar kurang 10 tahun dinaikkan pangkat ke DGA32 Hakiki dan jadi GPK. Sedangkan dia LM dulu aku yang jadi Guru Pembimbing. Sekarang dia jadi GPK aku! DGA 32 Hakiki. Aku ni timebase, DGA32 KUP. Ngajor dah 20 tahun. Inilah kesan perjuangan kesatuan yang berjuang memendekkan tempoh timebase kepada 10 tahun. Yang peliknya, orang yang seangkatan dengan aku, DGA32 KUP jugak, boleh dinaikkan ke DGA32Hakiki. Nah, bermula tahun 2010, awe giliran aku, ehh.. takleh pulok. Aku `termasuklah` ke dalam golongan spesis cikgu antik. Umur baru 40an, PTK dapat 4-4 dua kali. Tahniahlah pemimpin Union yang berjuang untuk ahli-ahli Union.

    ReplyDelete
  6. FuH...main kertas warna merah pulak? skima nampak? Cerita kelakar hasil kerja keras union. Guru DGA29 hakiki yang mengajar kurang 10 tahun, tak lulus PTK kot? telah dinaikkan pangkat ke DGA32Hakiki, emm... jadi GPK aku. Sedangkan semasa dia praktikum dulu, aku jadi guru pembimbingnya! Berkat srtike in one PTK lulus 4-4 dua kali, aku kini DGA32KUP-P2 you!
    Fuss....masuk group timebase....spesis guru antik!. Why? kata Rafidah...inilah hasil perjuangan Union yang berjuang memendekkan tempoh timebase ke 10 tahun!. Yang kelakarnya, kawan-kawan aku yang DGA32KUP dapat pulak masuk ke DGA32Hakiki, sehinggalah tahun 2010 (Awe time aku)tokleh doh. Nok kata Guana? Tahniah ke pemimpin Union jelah. Selamat Hari Guru. Terima Kasih Union.

    ReplyDelete
  7. Union tu adalah tempat utk mereka yg suka tinggalkan kerja utk hadir mesyuarat dan menyertai aktiviti/pogram union semata-mata. Cukup bulan terima gaji tp kerja asyik ponteng sbb asyik dgn union..............

    Aku rasa orang yang beri komen kat atas ni dok atau syok dlm dunia dia sndiri....selfish..masalahnya bila union prjuang hak dia pun dapat sama faedahnya.

    ReplyDelete
  8. kalau pemimpin pendidikan bercakap seperti tu sebenarnya dia memang sangat bodoh dan tidak layak sikit abok jadi pemimpin pendidikan jadi pemimpin nelayan pun tak layak wat malu ko rang je. bodoh tak mementu. Lain kali kalau nak cakap tu fikir lah dulu. jangan nsk sedap cakap saja, mu ingat semua orang nak dengar belaka hak mu cakap. tak habis2 bodoh.

    ReplyDelete