Wednesday, June 17, 2009

Salam Perkenalan

Saya merasa amat bersyukur kerana hari ini saya berjaya memiliki blog saya sendiri. Jika selama ini setiap hari saya melayari banyak blog di internet tapi hari ini saya berasa amat puas kerana telah ada wadah untuk saya membuat segala catatan yang saya mahu. Sebenarnya saya amat berhasrat memiliki blog sendiri tetapi kerana saya seorang yang buta komputer ditambah pula saya alergic dengan komputer hasrat itu tinggal sebagai angan-angan.

Namun atas desakan kemahuan yang bersungguh saya terpaksa "ogeh" juga laptop saya, dan akhirnya hari ini saya berjaya juga menyiapkan blog saya walaupun ia hanya sebuah blog yang amat simple. Simple ke simple le saya tak kisah asal dapat juga.

Saya amat berharap segala catatan saya nanti tidak bakal menimbulkan komflik dan polimik kepada mana-mana pihak kerana tujuan saya membuat catatan hanyalah sekadar berkongsi pengalaman dam maklumat yang saya ada. Maka segala catatan saya nanti adalah berupa pendapat peribadi kerana saya bukanlah seoprang pendita yang pandai ilmu.

Saya juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang bakal memberi kerjasama, sokongan, dorongan dan komen yang ikhlas kepada saya. Semoga ia akan menambah semangat dan kekuatan untuk saya.

Sekian. Salam perkenalan dari saya.

1 comment:

  1. Cucu Aji Mat RusilaOctober 18, 2009 at 11:18 AM

    Dia orang tu tak sedar ke gred yg dia pegang tu adalah hasil dari titik peluh union yg usahakan. Manusia jenis ini hanya masuk organisasi yg dianjurkan oleh boss besar mereka sahaja walaupun ilegal macam pkpsm, psungket dan yang terbaru tabung khairat yg mengutip wang tanpa kebenaran dan patut dikenakan akta BAFIA oleh Bank Negara kerana mengambil deposit secara haram. Jadi cucu Aji Mat Rusila cadangkan NUTP hadkan kepada guru di sekolah saja tentang faedah yg diperjuangkan. Satu lagi NUTP gi check kat sek. jawatan ting. 6, bagaimana guru ngajar setahun setengah saja dpt DG48 kerana dia lulus ptk sebelum 2009 dan time base 2004. Check jangan tak check, kita tgk sapa yng kena!!!!

    ReplyDelete