Sunday, January 1, 2012

Kembali Ke Sekolah

Semalan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Palajaran ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah di Damansara menyatakan lebih seratus ribu kerusi dan meja murid telah diagih ke semua sekolah yang memerlukan. Dengan kata isu murid tiada kerusi dan meja pasti tidak akan berlaku.

Beliau juga menyatakan bahawa program seorang murid: satu set buku teks, satu kerusi dan satu meja tetap akan dilaksana seperti tahun-tahun lepas. Beliau memberi jaminan tidak akan berlaku murid tiada meja atau kerusi bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan 2012. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidik khususnya YAB Penteri Pelajaran yang begitu perihatin. Kami bersyukur.

Namun mungkin YAB Menteri terlupa dengan cerita lama yang insyaAllah akan berulang lagi pada tahun ini. NG harap tulisan ini tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Tujuan NG ingin sebut di sini ialah agar isu ini akan menjadi KPI utama Kementerian Pelajaran untuk tahun 2012 agar isu ini tidak berulang lagi.

NG pernah sebut sebelum ini banyak kali di dalam banyak perjumpaan dengan pihak tertentu agar ISU TIADA GURU di sekolah dapat diatasi segera kerana ia adalah isu serius.

Buat apa set buku teks lengkap serta kerusi mejanya cukup tetapi guru tiada di sekolah untuk mengajar anak-anak kita.

NG merayu kepada semua yang berkaitan tolonglah selesaikan isu guru tiada ini seperti yang sentiasa berlaku setiap tahun.

Wallahu Alam

2 comments:

  1. Saya baru pulsing dr menghadiri taklimat di sekolah kebangsaan seri iskandar Nora Perak .gutu besar memaklumkan mslah kerusi Dan meja y tidak mencukupi mentenangkan pihak sekolah mengambil inisiatif membeli kerusi plastik sendiri

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Dah lama tak singgah di sini . InsyaAllah datang lagi.

    ReplyDelete