Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru…Selmat Tahun Baru….

Inilah ucapan yang saban tahun diulang dan dilafaz setibanya 31 Disember.

Maka pelbagai upacara atau majlis yang diadakan sepanjang 31 Disember menjelang tengah malam, bagi menyempurnakan acara sambutan tahun baru. Gembiranya kita kerana menyambut tahun baru yang akan menjelma. Sukanya kita kerana esok akan datang tahun baru yang bakal menjelang. Maka berhimpunlah seluruh rakyat jelata; tua dan muda, anak bini orang tak kira agama dan keturunan bagi menyambut tahun baru. Dari raut wajah tergambar sifat kegembiraan yang amat sangat. Berduyun-duyunlah mereka ke tempat majlis yang akan diadakan “pesta” tersebut.

Pabila matahari mulai hilang di ufuk maka pesta rasmi menjelang tahun baru pun bermula. Pelbagai ragam bentuk acara dipersembahkan tidak berhenti-henti menunggu menjelang tengah malam. Maka gegak gempitalah majlis tersebut dengan tepuk sorak dan hilai tawa yang hadir. Berhiburlah katakan.

Dan apabila tiba detik dua belas malam, maka kemuncak acarapun bermula. Terang benderang dan bergemerlapanglah langit dengan kilauan jutaan cahaya bunga api diselang seli dengan bunyi dentuman membelah langit. Sekali lagi suara riuh rendah bagai halilintar membelah bumi bergegar di tapak majlis tersebut. Alangkah meriahnya majlis sambutan tahun baru kali ini. Semua yang hadir tersenyum lebar kerana berpuas hati dengan acara dan persembahan yang berjalan.

Apapun: banyak soalan yang boleh kita tanyakan……jawablah sendiri dengan rasional sendiri berpandukan akal budi dan iman…

No comments:

Post a Comment