Sunday, July 10, 2011


TAHNIAH DAN SYABAS????

Sekitar jam 5.00 sore tanggal 9 Julai 2011 (semalam) acara persembahan badut di sekitar KL dikatakan tamat. Tahniah kepada semua yang menganjur, menyokong dan yang menghadirkan diri di sana semalam kerana berjaya mengaibkan negara Malaysia yang tercinta. Ketahuilah berjuta salinan gambar peristiwa semalam baik yang hidup atau gambar yang mati (still foto) akan mula tersebar di seluruh dunia mulai semalam. Segala episod yang dikatakan zalim dan jahat akan dieksploit sehebatnya di seluruh media dunia yang berniat ingin menjatuhkan mana-mana negara yang mereka sudah pilih. Semua episod ini akan ditayang dan dihidangkan dengan pelbagai cara demi memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Percayalah mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memburukkan Malaysia agar seluruh reputasi Malaysia yang baik akan menjadi hancur lebur. Dan ketika itu ekonomi Malaysia akan hancur, harga barang meningkat gila, segala pelaburan akan ditarik balik, peluang kerja kepada rakyat untuk mencari rezeki akan tersepit dan akhirnya rakyat menjadi gelisah dan tertekan. Ketika inilah mudah bagi mereka menghasut rakyat untuk menentang pemerintah dengan apa carapun. Natijahnya baanyak negara di dunia sudahpun melalui episod ini yang akhirnya menyesal tetapi menyesal kemudian sudah tidak berguna kerana negara sudah tergadai dan semua dasar dan keputusan akan dibuat oleh orang luar. Akhirnya yang paling malang ialah rakyat. Tolonglah kita celik mata luas-luas dan perhatikan berapa banya negara Islam yang sudah jatuh dan sekarang semuanya terpaksa menyembah “orang” menagih simpati.

Mereka bukan memilih pemimpin untuk dijatuhkan sebenarnya tetapi mereka akan memilih negara yang mereka boleh buat keuntungan jika negara itu menjadi porak peranda. Mereka peduli apa dengan Najib ke, Nik Aziz ke atau Hj Hadi ke; yang penting Malaysia menjadi huru-hara dan porak peranda maka ketika itu mereka dengan bibir yang tersenyum manis menghulur tangan kononnya ingin memberi bantuan. Selepas diberi bantuan, mulalah kita menggadai bodi kerana budi yang dihulurkan. Ibarat pembela polong yang gunakan polongnya untuk meraih wang daripada orang sakit akibat polongnya itu.

Maka sekali tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjatuh dan mengaibkan negara kita semalam. Kita kena ingat walaupun peristiwa itu berlaku hanya beberapa detik sahaja tetapi modal yang kita sumbangkan kepada para kapitalis dunis adalah tidak ternilai harganya. Dari sedikit sumbangan yang kita hulurkan itu akan memberi mereka peluang untuk mengeksploitkannya sehingga cita-cita untuk menakluk Malaysia akan berjaya. Mereka tak perlu menghantar tenter seperti di Iraq dan Iran dan mereka juga tidak perlu melantik di kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri atau Presiden cukuplah sekadar selepas ini mereka melantik badut-badut di kalangan kita untuk menjadi tali barut dan papaet merea bagi mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Maka berbanggalah kita kerana ada sedikit sumbangan kita untuk menjatuhkan negara kita. Sebenarnya kitalah yang menghulur tali untuk mereka mengikat diri kita. Kita yang berusaha memanggil musuh untuk masuk ke dalam rumah kita untuk mereka rompak apa sahaja hatta maruah kita.

Fikir2kanlah.....


3 comments:

  1. salam...objektif bersih jelas dan tuntutan itu utk keadilan pd...semua..jika perkara remeh ini pun kerajaan takut utk laksana atas dasar bimbang hilang kuasa...maka sudah sampai masa rakyat bangun menuntut keadilan itu...

    Ternyata org yg sempit pemikiran aje yg tidak sokong...atas dasar kepentingan semata-mata...50 thn kita merdeka tapi apa yg kita dpt...kaki tgn kerajaan 30 thn berkhidmat..nok beli sekeping tanah pun dok mampu atas ganjaran yang diberikan....jadi berkata benarlah walau pun pahit...

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas pandangan tuan yang kritkal dan tepat tetapi ada sekelompok manusia yang ada telinga tapi tuli,ada mata tapi buta dan ada otak tapi bahlol tidak akan nampak rasionaliti. mereka akan nampak apa yang mereka rasa dan puak-puak mereka retorikkan. Agenda besar hanya mencari salah orang lain. Tak dapat beli tanah salah orang lain. Main ngan pelacur dan bini orang salah orang lain. Kalah pilihanraya salah orang lain. Menang pilihanraya dengan perangai macam setan halal.

    Kita tunggulah kalau Allah izinkan laknat-laknat ini berkuasa. Jika apa yang mereka cakap dan jaja selama ni tidak dapat dilaksanakan kita ramai-ramai pakat tunggeng punggung dan ludah ..Tuuuhhhiii

    ReplyDelete
  3. ...mari tuan/puan kita pakat gi 'mengaji' lagi dengan doa semoga kita/tuan/puan diberikan hidayah oleh Allah...semoga ditunjukkan yang benar itu benar, dan yang salah itu salah...

    ReplyDelete