Wednesday, July 6, 2011


PATUTKAH ???????????

Minggu lepas ada beberapa orang wartawan menghubungi NG bertanya dan ingin pendapat NG patutkah kakitangan awam menyertai perhimpunan haram yang bakal diadakan pada 9 Julai nanti di KL?

NG hanya memberi pendapat seperti berikut:

1. Sebelum menyertai apa juga aktiviti kita MESTI benar-benar kenal dan tahu siapa yang menganjur aktiviti tersebut.

2. Kita juga mesti kenal siapa penganjur itu luar dan dalam. Pendek kata, semua yang berkait dengan diri penganjur ini kita kena tahu termasuk sejarah hidupnya.

3. Selain itu, kita juga MESTI tahu objektif/tujuan aktiviti itu diadakan. Ini termasuk yang tersurat dan tersirat.

4. Lepas tu kita juga MESTI tahu organisasi yang melaksanakan aktiviti itu sebuah organisasi yang sah di sisi undang-undang negara atau tidak.

5. Yang paling penting kita MESTI siasat dan ambil tahu tentang punca dana yang bakal dicunakan untuk aktiviti tersebut. Adakah dana yang digunakan itu HALAL atau HARAM.

6. Yang MAHA penting: Adakah tujuan/objektif aktiviti itu sesuai dan selari dengan kehendak, naluri dan tujuan hidup kita sendiri. Dan adakah aktiviti itu akan membawa faedah kepada kita sendiri dan alam semesta.

7. Sebagai seorang individu yang mukallaf kita juga kena tahu adakah aktiviti yang akan diadakan itu akan memanfaatkan negara atau sebaliknya.

8. Dan yang paling, paling, paling, paling mustahak dan penting ADAKAH KITA IKHLAS DAN JUJUR dengn segala keputusan yang akan kita ambil. ADAKAH KITA MEMANG SENGAJA DAN SEDAR dengan semua tindakan kita? Atau kita HANYA MENJADI PAK TURUT YANG AMAT JAHIL DI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN.

NG harap semua di antara kita; JANGANLAH MEMBUAT SESUATU TANPA KITA BERFIKIR KERANA FIKIR ITU PELITA HATI; IKUT RASA BINASA, IKUT HATI KITA AKAN MATI; SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA; JANGAN TERHANTUK BARU NAK MENGADAH.......

Namun setelah kita FIKIR dan MEMBUAT PENILAIAN yang paling rasional terpulanglah kepada KITA SENDIRI kerana implikasinya orang lain tak tahu. Aku yang tebang maka akulah ynag akan pikul...

Wassalam... Fikir2kanlah

1 comment:

  1. 30 dalil mengapa kita perlu tukar kerajaan yg ada sekarang....
    1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

    2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

    3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

    4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

    5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

    6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

    7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

    8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

    9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

    10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

    11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

    12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

    13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

    14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

    15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

    16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

    17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

    18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

    19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

    20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

    21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

    22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

    23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

    24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

    ReplyDelete