Sunday, June 6, 2010

KUPOHON POLIMIK INI DITAMATKAN

Salam 1Malaysia dan Salam Blogger.

Semoga seluruh warga guru di Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya sentiasa dirahmati. Semoga kita semua akan diberkatiNya sentiasa.

Setelah lebih sebulan Nyiurgading memaparkan sebuah insiden yang berlaku di SMKKN pada 18 April 2010 dan menjadi medan rakan taulan memberi pendapat dan buah fikiran, NG merasa tibalah masanya kita selesaikan episod ini secara jujur dan baik dengan menghulur tangan sesama kita untuk bermaaf-maafan. Bagi NG ia adalah sesuatu tindakan yang sangat mulia dan baik.

NG dengan ini dengan rasa yang kesal dan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf daripada semua pihak khususnya Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu. NG berharap Tuan Timbalan sudi memaafkan NG namun dalam apa keadaan pun keputusannya terpulang kepada Tuan Timbalan sendiri. Sementara kepada semua sahabat yang telah memberi segala sokongan, simpati dan empathy kepada NG dan seluruh warga SMKKN di dalam menghadapi cubaan dan dugaan yang maha berat ini, NG junjung tinggi dan NG ingin merakamkan jutaan terima kasih dan NG anat berasa terhutang budi dengan anda semua. Jasa dan budi anda semua akan NG kenang sampai bila-bila dan akan kami sematkan di dalam lipatan sejarah. Terlalu banyak racun dan madu yang kami lalui di sini. Di sini kami cuba menapak dan mengatur langkah tetapi yang menjadi harapan rupanya sebuah fatamorgana. Maka .......

Sekali lagi, NG menyusun sepuluh jari memohon maaf dari Tuan Timbalan. Jika di laman ini dikatakan NG telah menjatuhkan reputasi TP maka di sini jugalah NG memohon maaf dari Tuan Timbalan.

Untuk makluman semua, selama seminggu NG tidak menulis posting kerana NG ingin melihat perkembangan pendapat para sahabat sekalian. Maka banyaklah komen dan pendapat yang NG terima sama ada yang menyokong NG atau sebaliknya. Syukur, kerana dari sinilah NG dapat membuat kesimpulan dan akhirnya membuat keputusan untuk memohon agar ditamatkan polimik ini sehingga di sini sahaja sebab jika jika kita panjangkan, bagi NG ia akan lebih mudarat dari yang sihat. Maka sekali lagi NG ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana hasil daripada komentar ini dapatlah ia memberi ilham kepada NG untuk membuat keputusan yang mengejutkan para sahabat sekalian.

Bagi NG, keputusan ini adalah satu langkah yang terbaik yang NG boleh ambil setelah melihat perkembangan komentar dan pendapat mutakhir ini kerana Ng rasa tidak sanggup lagi menjadi punca perselisehan sesama kita. NG juga berasa amat terkilan dengan segala luahan yyang sudah melibatkan seluruh emosi yang akhirnya NG bimbang ia sukar dikawal. NG amat sedar akan perkara ini, sebab itu dah mula berfikir lantas mencari jalan terbaik dapat NG lakukan. Selain itu, NG juga telah berbincang dengan beberapa orang yang paling rapat dengan NG bagi mendapatkan pandangan dan buah fikiran mereka. Setelah difikir dan dibincang masak-masak, maka NG telah membuat keputusan untuk menamatkan polimik ini bermula dari sekarang. NG harap semua pihak boleh menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Percayalah keputusan yang NG buat ini dengan rasa yang amat sedar dan langsung tidak ada tekanan atau desakan dari mana-mana pihak. Sekali NG ingin tegaskan keputusan ini bukan dibuat kerana arahan dari atas atau sebagainya. Ia dibuat atas kesedaran dan rasa tanggungjawab.

Kepada Tuan Timbalan, NG harap penamatan polimik ini bukanlah menjadi kemenangan kepada mana-mana pihak kerana yang salah tetap salah dan benar tetap benar kerana setiap yang berlaku mustahil ditarik balik. Biarlah Yang Maha Adil yang menentukannya. Marilah sama-sama sentiasa beristighfar kepadaNya, semoga Dia akan menerima segala amal baik kita selama ini dan menolak segala kesalahan itu sebagai satu kesilapan atas kejahilan kita. Maka sekali lagi jika NG yang dikatakan bersalah ; maafkanlah NG. NG berharap Tuan Timbalan akan tenang dan lapang dada menerima keputusan ini dan teruskanlah usaha Tuan Timbalan untuk mempastikan pendidikan Terengganu akan terbilang hendaknya.

Kepada semua sahabat, sama ada yang menyokong atau menyanggah NG, janganlah terkejut dan kaget dengan keputusan NG ini. Bukan niat NG untuk menafikan hak anda semua untuk meluahkan pendapat tetapi sekadar untuk mengelak nasi menjadi bubur. Sebenarnya hal ini telah lama NG fikirkan bersama dengan beberapa orang yang terapat dengan NG. Mereka banyak membimbing dan membantu NG membuat keputusan ini. Sekali lagi NG ucapkan terima kasih. NG harap kita tidak akan pernah berasa kecewa dengan keputusan ini. Orang yang berjiwa besar tidak malu untuk mundur setapak ke belakang dan memohon maaf untuk mengaku kesilapannya. Sebenarnya NG berbuat begini setelah orang yang paling rapat dengan NG mensihatkan NG agar berhenti dari menulis kerana katanya: tidak akan ada orang yang menang di dalam sebuah pergaduhan. Katanya pepatah Melayu ada menyebut; yang kalah menjadi abu yang menang menjadi arang. Dan yang paling menyentuh hati NG ialah sebuah komentar dari seorang sahabat: Ambe Cikgu Biasa. Beliau telah berjaya menyentuh hati kecil NG yang kerdil ini dengan sebuah kisah perjuangan yang paling luhur. Di situ tergambar bahawa tidak semua orang akan bersama kita di dalam sesebuah perjuangan apatah lagi yang melibatkan sebuah pengorbanan yang besar. Pada zaman meterialistik dan pemujaan pada darjat ini amat sukar mencari sebuah kejujuran melainkan semua gerak kerja akan dialuti dengan pura-pura dan hipokrit. Dengan membaca tulisan beliau NG terasa diri ini terlalu kecil dan terlalu kerdil. Dengan membaca tulisannya itu rasa insaf yang sebenarnya terus menusuk di hati ini. Terima kasih banyak Sdr Ambe Cikgu Biasa. Walaupun NG tidak mengenali Sdr, NG harap kalau Sdr sudi hubungilah NG dengan apa cara sekalipun kerana banyak benar NG ingin belajar dari Sdr. Dengan tulisan Sdr juga membuatkan NG insaf bahawa titik perjuangan kita yang paling hujung ialah mengadap Rabbul Jalil di mana pada ketika itu, sehebat mana kita, sekuat mana kita, sebangsawan mana kita dan setinggi manapun pangkat dan darjat kita; pada masa itu segalanya tidak berguna kecualilah niat yang ikhlas dan jujur di dalam menjalankan tugas di dunia ini akan menentukan segalanya. Di sinilah "turning point" yang besar keputusan NG. Sesungguhnya NG terasa amat hiba dan sayu apabila merenung kata-kata Sdr. Lantas NG berpaling kepada beberapa orang yang terapat dengan NG bagi mendapatkan pandangan dan buah fikiran. Di sinilah NG terasa amat rendah dan keil diri ini dan akhirnya mengaku kalah kepada Kebesaran Yang Maha Esa.

Kepada semua sahabat, itulah natijah keputusan yang NG buat. Tidak ada sebab lain kenapa NG berpaling jalan. Keinsafan itulah yang telah menjentik hati ini untuk NG menoleh ke belakang untuk NG meneruskan sisa-sisa hidup untuk terus membantu rakan-rakan, itupun jika masih sudi menerima NG.

NG berharap semua sahabat janganlah berpaling muka daripada NG pada hari depan. Marilah kita bersama pautkan silaturrahim dan kukuhkan ukhuwah atas dasar Islam dan rakan sejagat. Janganlah kita berpecah-belah dan berpuak-puak kelak akibatnya buruk sekali. NG harap mulai sekarang kita buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih. NG menyeru dan berharap janganlah jemu-jemu untuk mengunjungi Nyiurgading dan NG mengalu-alukan cadangan agar Nyiurgading dijadikan medan atau forun untuk kita menyelesaikan masalah kita secara berhemah. NG bersedia sepanjang masa untuk membincangkan soal-soal keguruan seperti skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan dan peluang kenaikan pangkat serta segala macam yang berkait dengannya. Kita sebagai apapun mestilah tahu dan maklum siapa dan apa diri kita. Jangan sesekali membiarkan orang lain mengurus diri kita. Dengan sedikit sebanyak pengalaman yang NG ada, bolehlah kita berkongsinya. Bagi NG, masih terlalu banyak isu keguruan yang perlu diperjuangkan, begitu juga dengan sistem pendidikan yang kita lalui ini. Kita sebagai guru mestilah mengambil maklum dan mengambil tahu apa yang telah, sedang dan akan terjadi kepada sistem pendidikan kita. Kita sama sekali tidak boleh berpeluk tubuh dan berpuas hati sambil menyerah kepada taqdir. Maka sekali lagi NG memohon marilah kita makmurkan Nyiurgading untuk manfaat bangsa dan negara kita.

NG harap semua sahabat terimalah kenayataan ini dengan hati yang terbuka. Tidak ada gunannya kita meneruskan polimik ini kerana NG bimbang hubungan kita akan menjadi renggang dan akhirnya terputus hubungan. Jangan sekali-kali kecewa dengan keputusan yang NG ambil. NG faham sangat, bukan niat semua sahabat untuk menghentam sesiapa atau mana-mana pihak pun di dalam blog ini tetapi disebabkan perasaan tidak puas hati, kecewa, dan rasa tertekan itu sudah terlalu lama disimpan, ibarat "time bomb" yang begitu lama terpemdam maka apabila dicucuh sudah pasti ia akan meletup dan pasti sekali ia tidak mengenal mangsanya; siapa yang dekat pasti disasar dengan letupan itu. Maka dapatlah kita simpulkan, bahawa hasil sebulan lebih kita bersama ini masih terdapat banyak isu yang terbuku di hati majoriti guru. Ia mesti diselesaik segera dan dengan jalan yang terbaik kerana ia amat berbahaya. Ia amat berbahaya kepada negara dan kerajaan kerana akhirnya kesan ini juga akan melibatkan kestabilan politik negara. Oleh itu sekali lagi NG harap marilah kita gunakan Blog ini untuk kita sama-sama perbetulkan keadaan. Insya Allah hingga kini masih ramai pemimpin utama kita di KPM dan JPA termasuk Tan Sri KPPM, Tan Sri KSU, Tan Sri KPPA dan Datuk Timbalan KPPA boleh kita hubungi secara "direct". Jangan bimbang, kalau kita bersatu maka mudahlah kita selesaikan sebarang isu. Dan bagi mereka yang merasa diri mereka sudah cukup hebat dan penuh dengan amanah kuasa, biarkanlah mereka dengan keegoannya. Kita doakan mereka ini akan diberi petunjuk oleh Ilahi. Tinggal kita guru biasa ini janganlah sekali-kali kita berpecah belah dan membiarkan diri kita teraniya, maka masrilah kita bersatu. Kita bersatu menentang segala kemungkaran dengan cara yang bijaksana.

Akhirnya sekali lagi NG memohon maaf dari semua pihak.

15 comments:

  1. Salam semua

    Sesungguhnya konflik, pertikaian, perselisihan mauduk adalah rahmat. Cuma cara kita menguruskannya menentukan sama ada kita mendapat pahala atau bala.

    Beralah bukan bererti kalah, kalau sesuatu itu benar, sehebat mana pun susuk personaliti itu, dia tidak akan dapat mengatasi kebenaran. Ini bukanlah ruang adu tanding sayembara, tidak akan ada "the winner and losser".

    Ingatlah semua kekuatan tidak akan dapat mengatasi kebenaran! Yang pasti KEBIJAKSANAAN MENGATASI KEKUATAN

    wassalam

    ReplyDelete
  2. Guru Lulusan Darjah 6June 7, 2010 at 10:00 AM

    Alhamdulillah dan tahniah kerana NG telah mengambil tindakan sangat terhormat dan kembali mendukung sifat profesional sejati. NG telah memilih jalan kebijaksanaan menyelesaikan krisis yang merugikan banyak pihak terutama kaum guru. Seandainya TP seorang yang berhemah tinggi beliau pasti dengan dada terbuka menerima permohonan maaf NG tanpa syarat serta menggugurkan apa sahaja rancangan menyaman NG dengan senanag hati. Secara prinsipnya NG telah membayar segala hutang-piutangnya sebagai seorang muslim.Titik.

    Keduanya pada saya lebih besar dan bermakna adalah kesediaan NG menamatkan polimik atau menutup ruang perbincangan emosional kepada perbincangan terkawal ,professional ,terarah lagi terpimpim sesuai dengan title kaum guru yang bijaksana dan berhemah tinggi.Sejarah telah membuktikan sepanjang siri banyak komen atau pendapatan yang mengikut perasaan serta terkeluar dari isu pokok hingga menyabitkan perkara-perkara lain serta mencemar integrity insitusi yang menjadi dokongan kita selama ini.Oleh itu saya mencadangkan kepada NG selaku adminstator blog NG supaya menapis dan menyaring hanya komen yang bertanggungjawab dan beretika serta sarat hujah rasional sahaja disiarkan. Mana-mana komen yang tidak manis atau menyentuh nilai,peribadi dan integrity insitusi hendaklah disekat atau jangan disiarkan.

    Saya juga mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada NG dan rakan komentar jika terjahan provokatif saya menyakitkan tetapi kadang-kadang untuk membangunkan kita yang lalai dan asyik mahsyuk kita terpaksa menepuk belakang dengan agak kuat. Saya tidak ada kepentingan apa-apa sebagai mana tohmahan dan anggapan. Semua tohmahan itu tidak benar belaka. Dan saya telah bersedia dan menerima serta memaafkan semua tohmahan apabila saya menjerumuskan diri menentang arus.Kerana niat saya cuma satu, cukuplah kita mencalar kemuliaan martabat profesion kita sendiri .Saya hanyalah guru biasa. Tangan yang menulis ini tangan yang pernah bersalam dengan NG juga tangan yang pernah bersalam dengan TP yang mana kedua-duanya adalah pemimpin dalam medan serta ufuk masing-masing. Kalau niat dan cara memimpin yang betul tunggulah rahmat Allah.Tidak perlu sesiapapun risau dan tidak perlu sesiapapun atur kerana sesungguhnya Allah tidak akan melantik orang-orang kurang cerdik untuk menjadi pemimpin.Amin

    ReplyDelete
  3. Salam untuk semua.
    Setinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Anuar yang telah mengambil tengah yang paling berhemah. Undur bukan bererti kalah tetapi suatu langkah untuk kita bermuhasabah. Seterusnya maju ke hadapan dengan langkah yang lebih gagah dan jitu.

    Saya menyeru kepada semua pihak, terimalah hakikatnya ini demi kegemilangan profesion kita.

    Kepada semua kita ambillah insiden ini sebagai satu ingatan kepada kita bahawa adalah sangat penting kita berkenalan dan berkasihan sesama sendiri sebab orang-orang tua kita selalu berpesan: Tak kenal maka kita tak cinta. Agama kita juga amat tekankan siakp berkasihan sesama suadara; tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya.

    Marilah kita lupakan segala titik hitam ini dan teruskan usaha untuk bersama bekerja demi agama, bangsa dan negara. Semoga dengan insiden ini juga akan memberi ita pengajaran dan ingatan kita di dalam kita melaksana segala amanah yang diberi kepada semua. Terima kasih Cikgu Nuar dan terima kasih juga kepada TP.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    Alhamdulillah akhirnya NG bertindak mengakhiri siri ini. Hari ni sy cuba untuk membaca siri 1 dan 2 yang telah ditulis oleh NG mengecewakan krn didapati SUDAH DELETED..saya ingin membacanye skali lagi penulisan dan penggunaan perkataan dan ayat yang boleh dikatakan tidak berakhlak sebagai insan yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi.
    Tp alhamdulillah, sgala siri ini, NG ingin akhiri dengan memohon kemaafan. Memohon maaf tidak semestinye mngaku kalah.
    Cuma sebagai insan biasa yang lemah, sesama manusia sy cuma berharap NG akan menjga tatacara penulisan NG pada masa akan datang supaya tidak ada anak didik kita , makin tidak menghormati guru. Setiap blog boleh dilayari oleh semua . Jadi berhati2 la dengan penulisan. NG juga mngatakan Ng menjaga nama baik Terengganu jika ditanya. Jadi jaga la sepertimana yang dikatakan NG.
    akhir skali, semoga NG akan lebih bersikap matang dalam menyelesaikan masalah.
    wassalam.

    ReplyDelete
  5. Syukur...

    Mohon TP pun bersikap jiwa besar juga...
    Konflik berlaku kerana berlakunya serangan 18 April. Tak apalah, yang sudah tu sudah. Ambil iktibar. Ambil pengajaran. Buang yang keruh, ambil yang jernih...

    - Guru Muda -

    ReplyDelete
  6. Hahaha
    Hahahahaha
    Hahahahahahaha

    Akhirnya GLD6 mengaku dia buat TERJAHAN PROVOKASI. Katanya, itu perlu demi.....

    Oh... Dia buat TERJAHAN PROVOKASI boleh pulak ya? Orang lain tak boleh: tak profesional. Hampeh sungguh orang macam ni...

    Teruk!
    (Hehehe... Ni kira bertengkar ke ni? Jika ya, sorry. Hehehehe)

    ReplyDelete
  7. YES!
    SEKARANG JELAS. NG TULIS SIRI 'TERIMA KASIH TUAN TIMBALAN' SEKADAR LUAHAN HATI SEORANG GURU YANG BERASA DIRI DAN ANAK BUAHNYA TERANIAYA. BELIAU BUKAN NAK BURUKKANN SESIAPA. NG TAK ADA AUDIENS MACAM ORANG BESAR.
    BAGUSLAH.
    SEMOGA NG TERUS TEGUH DAN PERKASA.

    ReplyDelete
  8. salam ziarah,
    Apa yang pasti setiap manusia itu ada kelemahan dan kekuatannya....dan selebihnya panduan akal tanpa beremosi menjadi tunjang dalam menamatkan setiap konflik....Justeru, kita mesti ada pegangan dan hala tuju ke arah manakah konflik itu hendak diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. Bagus. Kita dah tahu dah siapa GLD6. Bagus. Baguslah kalau dah memaafkan blogger lain. Ayat dan perkataan deme tu pun boleh tahan juga sampai samakan manusia dengan haiwan...tapi tak apalah. Kita faham dah. Kawe harap rakan lain pun hulur tangan. Biarlah geng kera dan beruk termasuklah GDL6, bertukar rupa jadi manusia pula. Eloklah tu...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...

    Kata orang silat " kadang-kadang tari tidak seiring dengan gendang, buah seni menyalahi sendi...sedangkan bergayung sebangsal". Begitulah yang terjadi sehari dua ini dikalangan kita cikgu-cikgu yang muncul di 'monitor' ini.Polemik yang terjadi antara kita cikgu-cikgu...NG, GLD6 dan semua yang muncul disini... ambe rasa ada hikmah yang sangat besar dihadapan sana dengan syarat kita semua berfikir!

    Bagi ambe, molek sungguh keputusan yang dibuat oleh NG untuk menamatkan polemik ini, betul kata sahabat kita di atas, berundur bukan bererti kalah tapi untuk bermuhasabah...perjuangan tetap perjuangan bak kata Kanang anak Langkau - "agi idup agi ngelaban".

    Bukan sebarang NG buat keputusan ini ambe rasa tapi untuk kemaslahatan semua dan bersama, beliau seru kita tamatkan polemik ini. Namun perjuangan kita cikgu-cikgu biasa mesti diteruskan! Ingat kata As-syahid Hassan Al-Banna - " Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan kerana makna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan..."

    NG, semua sekali terutama GLD6 sepanjang sehari dua ni dalam 'sepatah selidah' kita menulis nampaknya banyak jugak yang tersasul dan melampaui batas jadi marilah sama-sama kita jernihkan hati, ambik yang jernih buangkan yang keruh, cuba lupakan walaupun 'berparut' semoga kita semua dirahmati Allah. Insyaallah.

    Saudara NG maaf ambe berkomentar... namun ambelah yang sebenarnya yang patut terus belajar dari jujukan pengalaman tuan dalam perjuangan ini. Selama ini pun landasan perjuangan tuanlah yang banyak memberi suntikan semangat dan keberanian kepada ambe dan cikgu-cikgu biasa yang lain.

    Sekian, semoga disini ada pengajaran dapat dipetik...tepuk dada tanya IMAN.

    Assalamualaikum.
    Ambe Cikgu Biasa.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,
    tahniah kpg NG d ats kesedaran NG utk meminta maaf.Walaupun hakiktnya sama ada Ng benar-benar ingin menjernihkan keadaan dengan ikhlas atau tidak.Atau sekadar mahu menyelamatkan diri.
    Di harap Ng cubalah berfikir secara profesional selepas ini.jangan tunjuk seperti Ng tidak dapat mengawal persaan sendiri dengan secara terbuka memburukkan orang lain tanpa memikirkan maruah keluarga NG mahupun TP.Perlukah bersikap sedemikian,harap NG fikir-fikirkan.Saya lebih separuh umur NG tapi sangat malu dan terfikir2,beginikah sikap orang y lebih jauh tua untuk ditunjukkan kepada generasi muda.Apatah lagi NG adalah salah seorang 'pendidik' yang saya rasa cukup untuk membuatkan Ng membezakan perkara y buruk mahupun baik.
    Diharap selepas ini,tiada lagi insiden2 yang memalukan warga pendidik selepas ini.
    SANGAT MEMALUKAN melihat dalam kalangan pendidik sendiri bermusuh-musuhan, memburuk-burukkan orang sendiri.
    Itu sahaja pendapat ikhlas sy utk NG,
    diharap dapat menerimanya dgn hati y terbuka dan tidak juga cepat melenting sepeti sebelum ini.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  12. pengetua ak bongok!!hahaha...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Salam Cg Nuar, delete belake lah sebab kite takboh tengok doh tulisan yang sasau dan dok tahu ke lagu macam lek atah pada tulisan saye ni. Astaghfirullah, semoga Allah mengampunkan kite seme. Sudoh sudohlah.

    ReplyDelete
  14. shabas cikgu nuar..tapi saya rasa terkilan juga lah cikgu nuar delete belake tu..buke saya nak jadi batu api..tapi dia boleh menjadi tauladan & ingatan pada masa depan.hak dok di atas tu tak mustahil jatuh bedebok pah bawah kalu buat tak betul. kepada cikgu nuar dan warga SMKN saya ucapkan syabas kerana dapat menerima dugaan yg maha hebat selama ni...kepada orang2 yg bekaki lebar supa TP tu..ingat lahh..kalu nak gi melawat sekolah mano2 pun bui la message sikit walaupun tak bui date bila nak gii..boleh la jugak cikgu2 bawah ni prepare sikit.. zaman nabi pun nak gi perang dia atar jugak surat sebelum gi perang.. ni dok terus gi serang..ore ko gapo gituu...maaf laa blako deh..

    ReplyDelete
  15. Salam Satu Malaysia Cikgu Nuar,

    Selepas siri-2 Terimakasih Tuan Timbalan dipadamkan semuanya jadi macam layu...Cikgu Nuar sendiri pun menyepi...Mengapa begitu? Adakah Cikgu Nuar jadi hilang semangat atau bagaimana...dapat tekanan dari pihak2 tertentu? Saya cuma menduga dalam kesamaran sahaja, harap maaf. Hasrat saya cuma untuk membaca tulisan Cikgu sekaligus cuba mendapat gambaran suasana semasa...kita dan perjuangan kakitangan awam umumnya.

    Terimakasih.

    ReplyDelete