Tuesday, April 6, 2010



Salam 1Malaysia. Salam blogger.

Pertama NG ingin memohon maaf kerana sudah lama tak "update" posting. Insya Allah hari ini NG akan kemukakan lagi isu dan cerita lama yang menghantui majoriti kaum guru di Malaysia. Entah akan berakhir atau tidak terpulanglah kepada yang menjadi pengurus pendidikan di negara kita. Tugas NG hanya bercerita sahaja. Kalau ada yang respon sama ada positif atau negatif itu NG fikir sudah cukup baik.

Ceritanya begini. Kata sahibul hikayat; maka pada setiap tahun musim sukan dan olahraga akan tiba dan tetap akan berjalan, maka guru terlibat tiada pilihan lain melainkan akur sahaja arahan dan perintah dari yang atas. Demi anak bangsa yanng dididik para guru pun berkorban apa sahaja hatta nyawanya.

Dan,,,,,, cerita yang sama berlaku lagi musim ini. Al hamdulillah syukur semua selamat dan Insya Allah selamat selamanya.

Arakian, sejak awal tahun ( bulan Januari la tuh ) para guru dah mula terlibat dengan segala macam pesta permainan; ada bolasepak, ada bolajaring, ada sepaktakraw dan macam-macam lagi. Lepas tuh peringkat pertandingan banyak pulak tuh. Mula dengan peringkat sekolah; peringkat zon, peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Peringkat Guru Besar dan Pengetua pulak lain pula cerita; kalau pasukan sekolah menang sampai peringkat atas; senyumnya tak sudah-sudah ( maklumlah itu semua adalah merupakan meritnya untuk naik gred ) tapi kalau pasukan sekolahnya kalah .... tak payah cerita bahana guru akan terima. Dengan kata lain semua dia mahu johan .... sebab kalau johan namanya akan dipuji oleh PPD dan JPN.

Maka sekarang kita kembali kepada nasib guru. Kita percaya seluruh guru amat bersemangat dan amat komit dengan tugas mereka. Siang malam mereka latih pasukan mereka tak kira masa dan jam. Belanja murid untuk makan dan minum usah dicerita lagi kerana mereka amat gumbira jika penat lelahnya terbalas dengan sebuah kemenangan. Itu yang menjadi kepuasan mereka.

Namun isunya; yang NG dah sebut berulangkali sejak dulu lagi ialah risiko yang ditanggung oleh guru yang diberi tanggung jawab sebagai jurulatih, pengurus dan pak supir pasukan sekolah. GB/Pengetua kata kita tak ada wang nak sewa bas sekolah yang permit; maklumlah program kokurikulum di luar sekolah berjalan sepanjang tahun. Maka para guru inilah yang bertukar profesion menjadi pak supir kepada pelajarnya. Turun pangkat ni pun cikgu kita tak kisah lagi sebab itulah kita lihat semua program masih berjalan. Mereka anggup guna kereta mereka untuk mengangkut pelajar ke hulu ke hilir demi kepentingan pelajarnya. Namun apa yang guru ini akan dapat jika peristiwa di Kota Tinggi, Johro dan Di Pos Dipang berulang. Naauzubillah. Namun malang tak berbau. Lebih baik mengelak daripada kita menyesal tak sudah.

Inilah yang para guru takuti. Malang dan musibah tak boleh dijangka. Para guru yang menjadi pak supir ini sebenarnya terdiri daripada manusia yang paling berani mengambil risiko. Ini kerana kalau berlaku kemalangan di dalam pagar sekolah tak apa tetapi jika di atas jalan raya mereka akan berhadapan dengan undang-undang jalan raya. Apabila berlaku insiden di jalanraya; undang-undang yang akan dibaca ialah undang-undang jalanraya; mereka tak melepaskan kita kalau kita kata kita tolong pelajar. Risikonya amat tinggi. Maka NG berharap pihak yang menjadi pengurus pendidikan negara kita tolonglah ambil ini sebagai perkara paling utama dan segera untuk diselesaikan.

Dan NG harap untuk dalam masa terdekat ni ambillah langkah untuk mengumpul semua bas dan koster yang ada di setiap daerah untuk diletakkan di bawah urusan PPD. NG rasa jika bas dan koster ini di bawah seliaan PPD maka ini sedikit sebanyak boleh mengatasi masalah ini secara insitu.

2 comments:

  1. Tuan NG
    Harap dapat tuan panjangkan perkara ini hingga ke parlimen atau menteri.
    Saya dah lama juga bercakap tentang perkara ini tapi ramai guru dan pemimpin sekolah buat tak tau, mereka malas nak mmikir dan rasa macam tak berisiko je. Payah kalau bcakap dengan orang ada otak tak dok akal.

    ReplyDelete
  2. rakan lama dan jauhMay 24, 2010 at 11:30 AM

    Salam untuk pemimpin sekolah,
    Pemimpin bertanggungjawab di atas pimpinannya.Tuan/puan bersedialah untuk menanggung risiko dan tanggungjawab kerana mendedahkan anak buah tuan/puan di dalam bahaya...kalau terlepas balasan di atas dunia, di akhirat belum tentu!Segeralah bertindak melindungi anak buah tuan/puan yang selama ini sanggup berkorban tanpa memikirkan risiko... jangan main suruh dan arah sahaja kerana mengharapkan nama dan glamour! Masalah undang-undang kena ambil berat dan jadikan prioriti.Kasihanilah nasib guru-guru kita!

    ReplyDelete