Salam Hormat.
Hari ini saya terpaksa tinggalkan turutan esei saya berkait dengan "pendidik" kerana ada isu yang urgent untuk makluman semua guru khususnya guru tingkatan VI.
Guru Tingkatan VI telah mula dilaksana mulai 1 Januari 2008. Kebanyakan penempatan telah dibuat oleh pihak Bahagian Sumber Manusia (BSM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kita ucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana isu guru tingkatan VI telah selesai dan menjadi kenyataan.
Untuk makluman semua rakan guru, semua guru tingkatan VI yang dibuat penempatan pada tahun 2008 dan 2009 adalah telah diperakukan oleh pihak pengetua mengikut surat KPM pada Bulan November 2007. Pihak BSM telah meminta semua pengetua, PPD dan JPN menghantar semua nama guru yang sedang mengajar di tingkatan VI ke KPM untuk diambil tindakan oleh pihak KPM. Maka pihak yang berkenaan telah menghantar nama-nama guru yang sedang mengajar tingkatan VI namun apabila urusan penempatan dibuat terdapat pelbagai rungutan negatif di kalangan guru khususnya guru tingkatan VI.
Pada 30 Jun 2009 jam 9.00 pagi semua setiausaha cawangan NUTP telah dijemput ke KPM untuk diberi taklimat dan dibuat perbincangan. Kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak BSM yang telah memberi kerjasama yang amat baik kepada kita. Inilah maklumat yang kami nak sampaikan kepada semua guru khususnya guru tingkatan VI.
1. Pada akhir tahun 2007 semua nama guru yang mengajar tingkatan VI dihantar ke KPM
2. Pihak BSM mengambil masa hampir setahun untuk membuat urusan ini.
3. Pada awal tahun 2009 surat penempatan dan surat pemangkuan guru tingkatan VI telah
dikeluarkan.
4. Ramai guru merungut kerana merasakan mereka layak tetapi tidak dibuat penempatan
Maka pada mesyuarat dengan BSM hari ini kita telah membuat persetujuan agar: MANA-MANA GURU YANG MERASA DIRI MEREKA TERCICIR ATAU TIDAK DIHANTAR NAMA KE KPM MELAPORKAN DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK NUTP UNTUK DIPANJANGKAN KE BSM DENGAN SEGERA.
MAKA SAYA BERHARAP SEMUA GURU BOLEHLAH MENGHANTAR BUTIR DIRI MENGIKUT FORMAT DI BAWAH KEPADA IBUPRJABAT NUTP DAN DISALIN KE NUTP CAWANGAN SEBELUM ATAU PADA 3 JULAI 2009.
Format Maklumat Diri:
1. Nama / No KP / TARIKH LAHIR / GELARAN JAWATAN
2. GRED HAKIKI PENYANDANG (DG41 /DG44 / DG48 )(KUP)
3. TARIKH LANTIK PPPS DG41
4. GRED JAWATAN YANG DISANDANG (DG41 / DG44 /DG48 )
5. TEMPOH MENGAJAR TINGKATAN ENAM ( TERMASUK TAHUN 2008 DAN 2008 )
6. TARIKH MULA MENGAJAR TINGJAR ENAM
7. MATA PELAJARAN TINGKATAN ENAM YANG DIAJAR
8. OPSYEN MATA PELAJARAN
9. KEPUTUSAN PTK ( ARAS DAN TARIKH LULUS )
Seterusnya pihak NUTP juga amat berharap maklumat yang betul dan benar dari semua guru jika ada guru tingkatan enam yang telah dibuat penempatan atau pemangkuan sedangkan mereka tidak mengajar pada tahun 2007 dan 2008 kerana YANG LAYAK DIURUS UNTUK PENEMPATAN DAN PEMANGKUAN GURU TINGKATAN ENAM HANYA GURU GURU YANG MEMANG MENGAJAR PADA TAHUN 2007 DAN 2008. Jika ada berlaku kesilapan lantikan hendaklah dilapor segera kepada pihak NUTP untuk diambil tindakan.
Terima kasih, harap sebarkan maklumat ini segera kepada semua rakan.
Sebarang kemusykilan sila tel: 019 915 3077
Anuar Ibrahim
Setiauha Kehormat,
NUTP Cawangan Terengganu
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
2 hours ago
Tahniah kpd NUTP atas tindakan cepat ini. Untuk makluman, terdapat pengurusan sekolah yang kini mengajar tingkatan 6. Ada yng baru dpt lantikan Guru Akademik T6 (sblm tu tak mengajar pun), ada juga yang baru mengajar (nak cukupkan minima 2 tahun). Pelajar tingkatan 6 jadi mangsa. kumpulan pengurusan ini selalu tak masuk kelas. Sehingga hari ini ada lagi guru Akademik T6 (PK HEM) belum sekali pun lagi masuk kelas tingkatan 6 rendah untuk mengajar. Bawa lah perkara ini ke atas. Guru naik gred gaji (DG44 ke DG48) tapi pelajar jd mangsa.
ReplyDeleteSebenarnya.. guru-gur yang mengadu kepada NUTP tidak memahami syarat-syarat perlantikan ini.
ReplyDelete