Wednesday, June 24, 2009

Sedia Berubah ....

Sekali air bah sekali pantai berubah. Itulah kata-kata orang tua yang banyak ertinya bagi kita seorang pendidik.

Bagi seorang pendidik, kita tidaklah boleh menjadi sebuah pantai yang hanya menunggu air untuk mengubahnya. Sebaliknya kita mesti menjadi seorang yang proaktif dan ditambah pula dengan semangat ingin berubah berlandaskan perubahan masa dan zaman. Kita mesti mengamalkan semangat ingin belajar demi menambah kemahiran kita. Di sana terbentang ruang dan peluang untuk kita gali dan terokai. Ayuh kita mulakan sekarang, jangan kita bertangguh lagi dan buangkan sikap ego kita yang lalu kerana seperti yang saya pernah sebut pada sesi lepas jika kita gagal mendepani masa dan perubahan maka pada ketika itu kewujudan kita sudah tidak lagi relevan. Akhirnya kita akan menjadi seorang yang jumud dan statik yang ketinggalan dalam segala hal.

Sebagai seorang pendidik kita juga mesti tahu serba serbi di sekeliling profesionnya. Janganlah kita syik syok dengan segala maklumat lama dan ketinggalan zaman atau dok sibuk dengan segala maklumat di dalam bilik darjah sahaja sebaliknya kita mesti menjadi seorang yang "update" agar kita tidak mudah "ditipu" atau dipermainkan oleh orang lain terutamanya rakan-rakan kita di sekitar kita. Kita harus kenal siapa big-big boss kita Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya (KPM) dan begitu juga siapa pentadbir kita di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Kita semestinya mengenali semua personel ini demi memudahkan kita berurusan.

Di samping itu kita juga mesti mengambil tahu siapa yang membuat perlantikan/ pengesahan kita dan siapa yang membayar gaji dan semua elaun kita.

Selain itu, kita juga mesti tahu dengan setahu-tahunya segala peraturan dan undang-undang yang melingkari kita agar kita tidak mudah diperkotak-katik oleh sesiapapun termasuk guru besar atau pengetua kita. Dan yang paling penting kita mesti hak-hak yang mesti kita dapat sebagai seorang pendidik.

Wahai rakan-rakan pendidik; amat malang sekali jika seorang pendidik yang sepatutnya menjadi sumber segala ilmu tetapi begitu mudah dipermainkan oleh sebarang orang kearana kejahilan kita. Maka ambillah sikap ingin belajar dan mendalami ilmu pengetahuan yang akhirnya akan memberi impak yang maha besar kepada kita.

Dengan kata lain jika kita menjadi orang "yang tahu" maka sudah tentu kita tak mudah ditipu kerana kata rang tua "sibodoh makan sicerdik"

1 comment:

  1. SAYA BEKAS SEORANG PENDIDIK. OLEH ITU SAYA DAPAT MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN LUAHAN PANDANAN SDR. WALAUPUN KITA SUDAH BERSARA ATAU BERTUKAR KERJA LAIN, KITA MASIH DIPANGGIL CIKGU. ITULAH GURU. G URU TAK PERNAH IRIHATI JIKA ANAK MURIDNYA LEBIH BERJAYA DARIPADA DIRINYA.

    INSYAALLAH, SAYA AKAN MASUKKAN BLOG SDR KE DALAM SENARAI MYBLOG LIST. SELAMAT BERJUABG

    ReplyDelete