Tuesday, July 14, 2009

SYOKNYA JADI SEKOLAH PRIMIER

Salam blogger.

Kali ni saya ingin menulis sedikit berkait dengan status dan kedudukan sekolah premier atau apa sajalah namanya asalkan ia sebuah sekolah yang "dianak emaskan".

Banyak rakan mengeluh dan berbisik pada saya kononya; seronok kalau kita duduk di sekolah premier. Terlalu banyak keistimewaan yang mereka dapat. Pengetuanya dinaikkan pangkat ke DG52 atau DG54, diberi pula sebuah atau dua buah bas sekolah oleh KPM, peruntukan kewangan pembangunannya tiada hadnya, peruntukan peralatan pembelajaran yang tiada batasnya, murid yang masuk ke sekolah tersebut boleh dipilih dan ditapis dan setiap kali ada majlis di peringkat daerah dan negeri pengetua ni le yang turun naik pentas menerima pelbagai anugerah.

Sekali fikir betul juga rungutan rakan-rakan ni. Memang ketara sangat keistimewaan yang ada pada sekolah ni. Sedih juga bila kita kenang dan dengar rintihan rakan-rakan tadi. Memang nasib mereka malang; dahlah sekolah jauh dari bandar, bukan bergelar premier pula dan tidak diberi kemewahan tersebut pula. Sedangkan mereka kata status dan kebolehan mereka sama saja dengan guru yang ada di sekolah premier. Lalu mereka terasa mereka telah dianaktirikan.

Jelas sekali rungutan tersebut ada asasnya. Rata-rata kita lihat sekolah sebegini berada di bandar atau bandar besar dan rata-rata pengetuanya adalah yang dah dinaikkan grednya kerana kebetulan berada di situ. Dengan segala kemudahan yang ada dan kebetulan pula anak muridnya adalah pelajar terpilih (5A UPSR- yang kurang akan direject) maka mudah sekolah ini mencapai kecemerlangan kerana bahan mentahnya adalah kelas satu. Maka atas kecemerlangan yang terancang ini maka pengurus sekolah ini telah dipandang sebagai amat berjaya. Maka sekolah ini sudah tentu akan dianugerahi pelbagai anugerah dan penghargaan setiap kali apa jua majlis yang diadakan. Dan sekolah lain yang hadir di setiap majlis itu hanyalah menjadi penonton dan tukang tepuk tangan. Dengan kata lain, sekolah bukan premier yang dikerah ke majlis itu putihlah matanya kerana setiap kali anugerah diumumkan maka bergilir kakilah pengetua sekolah premier ini naik turun pentas; dengan senyum lebar dan bangga pula tuh.

Sebab itulah ada rakan-rakan berbisik ke telinga saya, "malaslah aku nak pergi majlis tu, asyik dia saja yang terima anugerah; kita habuk pun tadak." Tapi kerana akur dengan arahan mereka sampai juga ke majlis tersebut walau dengan hati yang berat.

Pelajar sekolah premier akan datang dan hadir ke pesta dan mana-mana pertandingan dengan gahnya dengan bas yang mereka miliki. Sekali lagi sekolah yang bukan premier akan terasa sinis dan terguris kerana mereka juga wajib mengambil bahagian di dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan tetapi terpaksa pening kepala mencari wang untuk isi minyak kereta guru yang akan mengangkut pelajarnya ke satu-satu destinasi. Ini jauh berbeda dengan sekolah premier yang hanya petik jari, pemandu basnya akan hantarkan pelajarnya ke mana sahaja. Sedangkan sekolah yang bukan premier terpaksa menanggung risiko yang besar apabila terpaksa menggunakan kereta guru untuk mengangkut pelajar yang memang salah di bawah akta jalanraya.

Inilah sedikit cebisan rasa hati guru-guru di sekolah bukan premier.

Maka mereka berbisik kepada saya; mereka ada satu cadangan yang besar yang minta saya sampaikan kepada orang atas:

1. Selepas beberapa ketika mereka mencadangkan supaya semua pengetua DG52/54/JUSA (pengetua cemerlang) yang ada di sekolah premier ni kita alih ke sekolah di pendalaman yang amat daif dan pencapaian mereka lemah dalam semua bidang. Kita minta pengetua cemerlang ni gunakan segala kecemerlangan dan kepakaran mereka bagi membantu sekolah-sekolah yang daif di pendalaman itu. Kita percaya mereka boleh lakukan. Janganlah kita bazirkan bakat kebolehan dan kepakaran mereka di sekolah yang memang sudah cemerlang.
2. Mereka juga berbisik ke telinga saya agar semua bas KPM yang ada di setiap daerah diletak di PPD, janganlah dijadikan milik sekolah-sekolah premier kerana kalau diletak di bawah PPD dapatlah sekolah lain tumpang syafaatnya. Jika ini dapat dilaksanakan maka beban kewangan dan beban risiko jalan raya dapat dihindarkan.
3. Selain itu, mereka berharap supaya KPM/JPN/PPD janganlah tandingkan gajah dengan semut. Tak guna SMK Anderson kita lagakan dengan SMK Ulu Sat, Ulu Tembeling atau SMK Sultan Sulaiman dengan SMK Kuala Jengai. Jika kaedah pertandingan berat sebelah ini kita teruskan ia amat inmotivate semua yang terlibat. Sekolah yang terkenal kemunduran semulajadi ini dari awal lagi sudah mengaku kalah; mereka kata, takpelah kita hadir di majlis sebagai pak pacak je lah. Maka mereka cadangkan supaya pertandingan dan anugerah yang diwujudkan biarlah adil iaitu, biarlah sekolah itu bertanding dengan diri sendiri. Dengan kata lain jika sekolah boleh menunjukkan peningkatan yang hebat dari masa lepas maka kita anugerahkannya. Ini baru adil kata mereka. Selagi kita dok tandingkan pasukan bolasepak liga kita lawan pasukan liga England, memang belum bertanding kita dah kalah.

Kesimpulannya saya rasa memang isu ini adalah besar dari segi keadilannya. Kita mesti melihat semua sekolah di Malaysia secara keseluruhan; yang daif perlu dibantu yang hebat perlu diperkasa. Ini amat sesuai dengan gagasan 1Malysia, Rakyat Diutamakan. Jangannlah nanti ada hati yang terguris yang mungkin tidak akan sembuh yang kesannya amat mendalam.

6 comments:

  1. Pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambil maklum dan membuat tindakan untuk menangani isu yang berbangkit ini. Cerita perbezaan kemudahan antara sekolah-sekolah ini sudah kita dengar sejak beberpa tahun dulu. Walapun pada ketika itu tak ada sekolah yang dikenali sebagai sekolah primer tetapi wujud sekolah kawalan dan bukan kawalan. Ini tidak termasuk sekolah berasrama penuh. Seharusnya tidak ada perbezaan ketara dari segi kemudahan antara sekolah-sekolah. Sepatutnya pelajar yang lemah (biasanya terdapat di sekolah luar bandar) yang mendapat perhatian dan kemudahan yang lebih. Mereka ini memerlukan lebih banyak kemudahan, pendedahan dan bimbingan. Sepertimana yang sdr nyatakan dalam posting, guru-guru juga pentadbir (guru besar/ pengetua) seharunya adalah guru-guru terpilih dan berpengalaman untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah ini. Sebaik-baiknya pelajar yang baik tidak dipisahkan daripada kumpulan pelajar-pelajar yang lemah.

    ReplyDelete
  2. ia..stuju dengan NG dengan luah fikiran..memang benar ia wajib diubah..bagaimana nasib sekolah2 kampung yang hanya berputih mata melihat rakan seperjuangan "buat lawatan sambil belajar" contohnya,,disebabkan tiada bas maka tengok aja...seperti pertandingan2 sukan khususnya,,cikgu2 lah yang terpaksa mengisi minyak semata2 untuk anak didiknya...lakukanlah perubahan kerana ia pun untuk kehidupan kita nanti

    ReplyDelete
  3. Kecemerlangan setiap insan/organisasi sudah pasti ada ganjarannya..kalau semuanya dilayan samarata tak usahlah murid2 dan guru2 bekerja keras memajukan diri dan sekolah..Murid cemerlang perlu diasuh oleh guru yang juga cemerlang dengan prasarana sekolah yang lengkap kemudahannya..perjawatan guru pula sesuai dengan kecemerlangan dan kekanananya tentulah beserta layanan yang istimewa juga. Samalah juga agaknya seperti ketua-ketua union baik dalam Ceupacs atau MTUC tentulah lebih keistimewaannya berbanding dengan ahli biasanya..Sebab itulah juga Allah cipta syurga dan neraka...jika semuanya nak disamaratakan manusia tidak perlu berusaha keras menjadi yang terbaik......mungkin kesamarataan ini sesuai dlm sistem komunis era Marx-Lenin, Stalin dan Mao dulu, komunis sekarang pun telah pakai sistem reward ini...Keadilan yang selalu dilaungkan kini di Malaysia, seharusnya difahami dan dihadham dalam skop yang lebih holistik dan ditunjangi oleh merit, siapa hebat dan berusaha keras dia akan dapat! tak usah berdengki dan terasa hati....(pendapat saya sebagai tukang kebun sekolah kampung).

    ReplyDelete
  4. Saya kurang bersetuju... semua anak2 diberi peluang utk masuk ke sekolah premier.. Mereka berusaha keras samada dlm bidang akademik mahupun kokurikulum untuk menjadi yang terbaik. Jadi sememangnya anak2 ini perlu mendapat fasiliti kelas pertama diatas usaha gigih mereka.. Anak2 lain jika ingin kan kemudahan bertaraf antarabangsa ini perlu belajar bersungguh2 dan join sekilah premier. Disini... nampaknya lebih kepada perasaan iri hati dgn pemimpin sekolah2 premier. Andai ingin mendapatkan tempat mereka... perlulah upgrade diri... Jadi cemerlang.. Saya melihat pemimpin2 sekolah premier juga bekerja keras bagi meningkatkan pencapaian akademik mhupun kokurikulum... Jika anda pemimpin hebat... buktikan!!!! Mereka yg berada di sekolah2 premier ini pernah satu masa dahulu turut memimpin sekolah sekolah band yang rendah... Kewibawaan mereka terbukti... As a reward... mereka dinaikkan pangkat dan meneraju sekolah2 premier... Takkan nk bg Pengetua2 yg tidak berkaliber jaga sekolah premier? HANCUR budak... hancur bangsa... hancur negara..

    ReplyDelete
  5. Saya kurang bersetuju... semua anak2 diberi peluang utk masuk ke sekolah premier.. Mereka berusaha keras samada dlm bidang akademik mahupun kokurikulum untuk menjadi yang terbaik. Jadi sememangnya anak2 ini perlu mendapat fasiliti kelas pertama diatas usaha gigih mereka.. Anak2 lain jika ingin kan kemudahan bertaraf antarabangsa ini perlu belajar bersungguh2 dan join sekilah premier. Disini... nampaknya lebih kepada perasaan iri hati dgn pemimpin sekolah2 premier. Andai ingin mendapatkan tempat mereka... perlulah upgrade diri... Jadi cemerlang.. Saya melihat pemimpin2 sekolah premier juga bekerja keras bagi meningkatkan pencapaian akademik mhupun kokurikulum... Jika anda pemimpin hebat... buktikan!!!! Mereka yg berada di sekolah2 premier ini pernah satu masa dahulu turut memimpin sekolah sekolah band yang rendah... Kewibawaan mereka terbukti... As a reward... mereka dinaikkan pangkat dan meneraju sekolah2 premier... Takkan nk bg Pengetua2 yg tidak berkaliber jaga sekolah premier? HANCUR budak... hancur bangsa... hancur negara..

    ReplyDelete
  6. Sebab tu kita mau pengetua yg hebat2 di sekolah premier utk curah ilmu kpd skolah luar bandar... xkn ilmu yg ada utk sekolah primier je kot... mcm mana bangsa nak maju... pembinaan negara bangsa harus dilihat secara holistik...

    ReplyDelete