SIAPA KATA BERSIH GAGAL???
Sebenar-benarnya BERSIH amat berjaya. Sama ada
BERSIH I atau BERSIH 3.0.
Tahniah, syabas dan tabek kepada BERSIH....
BERSIH amat berjaya:
1. Memusnahkan ekonomi negara; natijahnya apabila ekonomi negara musnah, rakyat akan derita dan pastinya rakyat akan berfikir apa punca sebenarnya? Jika rakyat rasional maka sudah pasti rakyat akan menyalahkan BERSIH.
2. Merosakkan nama baik negara di mata dunia, padahal untuk meletakkan Malaysia di tahap sekarang bukanlah sesuatu kerja dan tugas yang mudah. Maka BERSIH telah berjaya menjadi seperti tikus mambaiki labu.
3. Mengaibkan dan memalukan negara Malaysia di mata dunia yang sudah pasti akan memberi implikasi yang amat buruk kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara.
4. Menjadi dalang kepada "orang luar" yang sentiasa iri hati dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia walaupun Malaysia tidak mengambil penasihat dari luar untuk membina sebuah negara yang majmuk. Ini terbukti pada era 97/98. Walaupun banyak negara di dunia pada ketika itu telah meminjam dan menerima syarat IMF tetapi Malaysia tidak mengambil langkah demikian kerana takut dijajah ekonomi.
5. Membuka pintu seluas-luasnya kepada musuh-musuh negara untuk menyerang negara sama ada secara terang atau sembunyi. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpegang kepada ajaran Sunni. Dengan kata lain Malaysia adalah menjadi kubu Islam di Asia Tenggara dan Malaysia juga sebuah negara kecil amat tidak bersetuju dengan dasar-dasar Yahudi/Israel. Atas pendirian ini sudah pasti kita sentiasa terancam oleh mereka yang pro Yahudi jika kita tidak berhati-hati. Mereka akan mengguna apa saja alasan untuk campurtangan dan masuk campur di dalam hal ehwal negara kita jika kita dengan sengaja membuka pintu untuk polis dunia memasuki negara kita. Apalah lagi jika kita menjemput dan mengalu-alukan mereka masuk.
6. Menakutkan pelancong atau pelabur luar untuk datang ke Malaysia. Jika usaha ini tidak di bendung secara tuntas kesannya kepada pelancong/pelabur amat buruk. Mereka sudah tentu akan berasa amat cuak untuk datang ke Malaysia kerana gambaran yang mereka nampak ialah Malaysia adalah negara yang sentiasa huru hara dan yang paling ditakuti ialah Malaysia diletakkan sebagai negara pengganas.
7. Merobah pemikiran orang luar daripada positif kepada negatif kerana kita kena ingat untuk menanam sebatang pokok akan mengambil tenaga dan masa yang sangat banyak tetapi untuk menumbangkannya akan mengambil masa beberapa saat sahaja.
8. Mununjukkan sikap dan sifat BERSIH yang sebenar. Pemimpin BERSIH berkata BERSIH adalah perhimpunan yang aman; tujuannya hanyalah membuat tuntutan berkait SPR sahaja. Ia tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Namun yang jelas BERSIH telah amat dicemari dengan ideologi politik pembangkang. Amat ramai pemimpin pembangkang muncul dengan simbol politik masing-masing. Dan sangat ramai pula di kalangan pemimpin ini yang memberi ucapan dan arahan kepada yang hadir untuk mengabaikan semua arahan pihak berkuasa. "kita akan takluk dataran merdeka walaupun dengan darah" laungan ini amat memberi pengaruh kepada ramai orang untuk menjadi hilang akal. Dengan jelas BERSIH telah berbohong. Semua yang dikata satupun tidak dikota. Rakyat dapat melihat dan menilai semua ini. Dan sudah pasti ia akan memberi implikasi kepada mereka yang di atas pagar. Maka jelas sifat hipokrit atau munafik amat releven kepada orang yang rasional pemikirannya. Dengan kata lain BERSIH berjaya membuka pekong di dalam ususnya yang busuk lagi menjijikkan.
9. Menunjukkan kedangkalan dan kebodohannya kerana Dato' Ambiga bukannya calang-calang personal dalam bidang undang-undang, beliau adalah seorang peguam yang tersohor apatah lagi suatu ketika pernah memimpin seluruh "lawyer" di Malaysia. Dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki tidak mungkin Dato' Ambiga tidak tahu, tidak maklum dan tidak faham dengan arahan mahkamah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita nampak BERSIH amat berjaya menunjukkan "tulang belakangnya" yang sebenar iaitu : tidak tahu nak hormat dengan undang-undang negara di mana bumi dipijak dan langit dijunjung. Orang biasa usahkan nak bantah arahan mahkamah, nak "tembo" lampu merah di tepi jalanpun takut biarpun ketika itu jam 3.00 pagi. Tetapi nampaknya BERSIH berjaya mendidik rakyat marhain bahawa undang-undang hanyalah untuk orang "biasa" tetapi untuk yang orang belajar dan hadham dengannya "tak jadi kudis dan gatal".
10. Menyusahkan rakyat jelata khususnya di sekitar Lembah Klang. Dengar kata ( hear n say ) Kuala Lumpur dilanda "jem" besar dan kuat kesan dari sebuah agenda dari seorang yang bijak. Maka kedengaranlah di merata tempat mulut yang menyumpah seranah kepada BERSIH. Mereka amat marah dan benci dengan BERSIH walaupun sebelum ini mereka adalah golongan yang simpati dengan BERSIH.
11. Membuatkan rakyat semakin muak dan memualkan dengan perbuatan BERSIH. Usaha yang dilaksanakan sebenarnya telah menjadi "boomereng". Dengan sifat keegoan dan ganasnya kumpulan BERSIH ini menyebabkan rakyat hilang simpati kepada mereka, sebaliknya mereka sudah membencinya. Mudah kata perhimpunan yang dianjur oleh Dato' Ambiga yang dinama BERSIH itu sebenarnya suatu usaha Ambiga yang amat jitu untuk menghancurkan semua parti pembangkang dan sebaliknya secara tak langsung memberi kredit yang besar kepada kerajaan. Semua tingkah laku buruk semasa perhimpunan itu sudah pasti akan digunakan sepenuhnya secara eksklusif oleh pihak yang berkepentingan untuk menarik perhatian rakyat untuk membenci pembangkang dan pada masa yang sama menyokong mereka. Gambar-gambar kereta polis yang diterbalikkan, gambar pegawai polis dan wartawan yang berlumuran darah itu sudah pasti akan banyak memberi impak kepada musuh pembangkang. Sayang sekali PR kurang arif dengan percaturan ini; mereka banyak dicaturkan oleh beberapa pemimpin baru di dalam politik yang banyak dipengaruhi oleh sentimen dan emosi bukannya rasional. Akhirnya BERSIH sebenarnya menjadi peluru yang akan makan tuan kerana tersilap catur.
Syabas dan Tahniah BERSIHHHH
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment