Sunday, December 26, 2010

RUPANYA KRISMAS ADALAH HARI BEKERJA???

Pertamanya NG nak ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakan beragama Kristian di seluruh negara. Juga selamat menyambut tahun baru Masihi tak lama lagi. Ini bererti penggal persekolahan sesi 2011 juga tidak lama lagi akan bermula. Dan selamat menjalankan tugas kepada semua rakan guru di seluruh pelusuk negara. Kita amat bersyukur kerana kita sentiasa dapat menyambut hari-hari kebesaran di dalam keadaan aman damai dan sejahtera berbanding dengan beberapa negara lain. Syukur.

Berbalik kepada kepada hari-hari kebesaran dan hari peristiwa utama di negara kita seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru China, Hari Kemerdekaan dan sebagainya yang selalunya seingat NG diisytihar sebagai cuti umum di negara kita. Itupun kalau NG tak lupa. Mungkin NG salah. Maklumlah hari bersara wajib semakin hampir. Mungkin NG nyanyok atau terlupa bahawa Hari Krismas tidak termasuk di dalam cuti umum yang diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia.

Tetapi hari ini (26 Disember ) NG tengok semua pejabat tak ada orang. Itu maknanya di situ orang tidak bekerja. Mudah katanya hari sebenarnya kita masih bercuti sempena Hari Krismas sebagai tanda hormat dan saling menghormati rakan-rakan kita yang beragama Kristian. NG harap NG betul dalam andaian ini bahawa hari ini adalah hari cuti dan kalau NG silap minta maaflah kepada mereka yang 'terlebih rajin' nih kerana hari ini mereka sedia untuk bekerja 'demi negara, bangsa dan agama'. Syabas kepada kumpulan ni yang sanggup bekerja walaupun orang lain sedang bercuti.

NG sebenarnya dah lama muak dan mual dengan kerja-kerja komen 'orang rajin' nih. Lebih 20 tahun NG terlibat dalam kerja-kerja dok kata ke orang yang 'lebih sudu dari kuah' nih. Hajat di hati NG di akhir-akhir perkhidmatan ini NG dah tak mahu kacau dah profesion perguruan nih. Tapi apakan daya terpaksa juga kerana telefon NG sejak semalam hingga hari ni sentiasa berdering memaklumkan ada sekolah yang buka dan hari ini merupakan hari bekerja buat mereka.....kesian Guru Besar/Pengetua sekolah yang terlibat kerana tidak cukup hari untuk bekerja. hingga hari cutipun dikerahnya anak buah mereka untuk bersama dengannya.

Nampknya semua cuti umu ini amat mengganggu kumpulan ini, diharap kerajaan kena berbuat sesuatu.

Dengan kata lain kita kena minta Kerajaan Malaysia supaya tarik balik semua cuti umum yang diisytihar kerana bersimpati dengan mereka ni yang sudah tak cukup masa dek kerana banyak sangat cuti umum. Diharap CEUPACS segera buat kertas cadangan kepada kerajaan agar dimansuhkan semua cuti umum dan cuti peristiwa yang diberi selama ini. Bawalah dalam mana-mana forum sekalipun dengan pihak JPA agar permintaan ini segera dilaksanakan. Kalau tidak akan bertambah ramailah kumpulan yang 'lebih dari kuah atau lebih lajak dari laju' nih.


Wahai rakan-rakan guru sekalian. Apa tidak cukupkah hari bekerja yang diisytihar oleh kerajaan atau atau zalimkah Tuhan kerana tidak faham dengan kehendak kumpulan ini yang perlukan masa yang lebih panjang untuk bekerja?

Atau mungkin kumpulan ini buta hati kerana tidak faham dengan segala GO dan Pekeliling Kerajaan.

Entahlah.... Sampai bila kita akan begini... Aku dah boring

3 comments:

  1. sdr ng
    itulah yang dikatakan inovasi kerana bagi mereka buat sesuatu yang orang lain tidak buat adalah 'inovasi'. Kalau langgar dan engkar perintah kerajaan juga suatu inovasi.

    ReplyDelete
  2. bab cuti ni, aku memang sakit hati dgn jpn,ppd, gb dan pengetua, yg labih sudu dari kuah, kerajaan bagi cuti, majikan yg tak reti bahasa ni arah gi kerja dgn pelbagai alasan ; demi anak bangsa, baucer berbayar, jika tak dtg, tak apa tapi ingat skt sy yg bagi markah.... moga-moga nyior gading dpt jd menteri pelajaran lepas pencen nanti, perbetulkan apa yg tak betul ni

    ReplyDelete
  3. puak-puak dg ni memang bebal. hidup hanya untuk perut dia saja. cakap macam-macam. tapi buat kerja nak menujuk ke orang atas nak harap jadi anak emas ppd dan jpn. tunggulah masuk kubur baru tau..

    ReplyDelete