Salam 1Malaysia
Hari ini setelah lebih dua bulan Nyiurgading ni diudarakan maka pelbagai pandangan dan cadangan telah diutarakan oleh rakan-rakan bloger kepada saya agar blog saya ini nampak segar dan bermaya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan yang telah sanggup melayari blog saya dan sanggup berkongsi idea untuk memberi cadangan yang baik dan membina (walaupun ada yang mengutuk kerana blog saya tidak mengumpat orang). Iklhas saya nyatakan di sini saya sentiasa mengambil berat dan maklum tentang cadangan dan pandangan rakan-rakan bloger. Maka hari ini saya akan menjawab dan mengulas segala pandangan tersebut.
Ada rakan-rakan yang memberi pandangan supaya saya segarkan blog saya dengan tulisan yang lebih kritis kerana mengikut kefahaman rakan-rakan bahawa Nyiurgading terlalu hambar dan mendatar dan kadangkala "playsafe". Memang saya akui kebenaran kenyataan tersebut. Nyiurgading memang mempunyai tulisan yang hambar dan mendatar, tidak langsung menyentuh isu sensitif semasa seperti pergeseran di dalam politik masa
kini.
Seperti tulisan saya buat pertama kali lagi saya dah nyatakan bahawa Nyiurgading adalah sebuah blog yang ditulis oleh seorang cikgu atau pendidik yang telah lebih 51 tahun berada di dalam bilik darjah. Maksud saya: saya dah berada di bilik darjah sejak saya berumur 7 tahun hingga sekarang. Dalam tempoh itu saya sudah terlalu masak dengan tendang terajang sistem pendidikan negara kita. Maka dengan usia yang begitu lama amat banyak untuk saya lontarkan di dalam Nyiurgading tetapi masih belum tiba masanya kerana Nyiurgading masih lagi baru dan masih di peringkat intro. Sebab itulah ia masih hambar dan mendatar. Jika kita imbau kembali tulisan saya peringkat mula kita akan nampak banyak tulisan saya berkisarkan batang tubuh guru itu sendiri dan masih belum saya sentuh sistem pendidikan itu sendiri kerana percaya apabila kita buat kerja kita mesti lakukan secara tertib. Kita tidak boleh ambil jalan pintas atau pakai tebuk-tebuk nescaya ia tidak akan berkesan (efektif). Bagi Nyiurgading, urusan kenal itu penting kerana tak kenal maka tak cinta. Dengan kata lain jika kita menyelusuri asal-usul dan rootnya maka pada suatu hari nanti apabila kita sudah jauh dalam perjalanan kita akan hilang identiti sendiri dan kita akan menjadi manusia yang sesat dan lupa segalanya. Inilah yang banyak terjadi sekarang kepada rakyat negara kita Malaysia Yang Tercinta kerana tegak bangsa maka akan tegaklah pertiwi.
Maka hari ini saya akan mengambil sedikit kesempatan untuk memberi makna ungkapan Nyiurgading di atas tadi. Mari bersama kita renung; kenapakah rakyat Malaysia yang darahnya tumpah di sini dan tempat bermain di sini sanggup derhaka kepada negaranya sendiri dan sanggup melihat negara ini hancur demi melihat cita-citanya tercapai? Inilah bahan yang akan saya sentuh dalam tulisan saya akan datang apabila tiba masa. Dan masanya akan tiba setelah saya memperkenalkan siapa sebenarnya kita. Sebelum kita mengkategori rakyat Malaysia dan kemudian meletakkan nilai terhadapnya kita seharusnya kita benar-benar mengenali mereka dulu. Amat tidak adil jika kita hanya tahu menilai dan melebel atau menghukum seseorang tanpa usul periksa. Sepatutnya sebelum kita menghukum atau melebel seseorang kita mestilah benar-benar kenal dia serta apakah asal usul orang itu.
Baiklah saya akan teruskan tulisan ini di dalam episod yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SALAM. DUNIA BLOGGING INI MEMANG BANYAK CABARAN DENGAN PEMBACANYA MEMILIKI PELBAGAI CITA RASA. BAGI SAYA, YANG BARU SAHAJA MENERJUNKAN DIRI DALAM PENTAS BLOGGING INI, APA YANG PALING UTAMA IALAH MENETAPKAN NAWAITU KITA. DENGAN MEMASANG NIAT KERANA ALLAH SWT DAN KEMUDIAN BERBLOGGING SECARA BERHEMAH, MENULIS PERKARA YANG BENAR, DAN TIDAK MEMBUAT FITNAH DAN JUGA TIDAK MENGUMPAT, INSYALLAH ALLAH AKAN BERSAMA KITA. SAYA TAK TAHU MACAM MANA PANDANGAN ORANG LAIN TETAPI ITULAH PENDIRIAN SAYA.
ReplyDelete