As salam. Sempena 1 Syawal ini in sya Allah NG akan teruskan posting dari semasa ke semasa. NG mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada semua sahabat yang banyak email NG untuk membuat coretan semua di dalam nyiurgading. Dan kemungkinan atas masa yang diizin olehNya sekarang dan masa depan maka NG mengambil keputusan untuk melangsai permintaan para sahabat sekalian.
Tuesday, July 10, 2012
Untuk renungan kita bersama khususnya warga pendidik Malaysia terutama semua pendidik di negeri Terengganu ......ini petikan dari Blog Tinta Hijau; http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/06/lagi-bekas-pegawai-kanan-kerajaan.html
Lagi Bekas Pegawai
Kanan Kerajaan Sertai Pas
Zabidi
(dua dari kiri) dan Nazri (dua dari kanan) diraikan selepas menyerah borang
menyertai
PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz
BAGAN SERAI:
Belum reda isu kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi
Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai PAS, kini seorang lagi bekas pegawai
kanan kerajaan mengikut jejak langkah sama.
Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.
Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.
Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.
Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.
Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.
“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.
Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.
“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.
Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.
Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan
Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.
Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.
Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.
Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.
Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.
“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.
Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.
“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.
Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.
Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan
Wednesday, May 9, 2012
GEMPAR!! Ramai pelajar Melayu tak tahu
mengucap..
Sungguh mengejutkan
apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sekolah di Kuala
Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan
agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
Ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kajian itu dibuat tahun lalu membabitkan lima kelas di sekolah itu dan hasil kajian mendapati hanya pelajar di tiga kelas yang mempunyai pengetahuan agama.
“Sementara pelajar dalam dua kelas lagi tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, termasuk ada yang mengaku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
“Keputusan kajian ini mengejutkan kami, jika mengucap dua kalimah syahadah pun tak boleh, macam mana mereka nak solat,” katanya ketika merasmikan Penutup Program Pengukuhan Akhlak ‘Smart Solat’ Remaja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Program itu dianjurkan Pertubuhan Pembangunan dan Transformasi Insan Malaysia (P-TIM) yang bertujuan mengajak golongan remaja dan belia menguasai dan memahami asas solat.
Othman berkata, kajian seumpama itu pernah dilakukan terhadap 6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.
Beliau juga berkata, selain penguatkuasaan undang-undang, isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini mampu ditangani melalui pendekatan pendidikan solat.
Katanya, senario gejala sosial di kalangan remaja dan belia ketika ini menakutkan, kebanyakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah, merokok, melepak di pasar raya, bohsia, ponteng sekolah, zina dan menonton video lucah.
“Kebanyakan remaja yang bermasalah menghadapi masalah solat, iaitu mereka tidak solat di rumah, apatah lagi di masjid atau surau.
“Namun, lebih menyedihkan anak ini tidak pernah nampak ibu bapa mereka bersolat. Walaupun mereka bukan anak kami tetapi atas nama kemanusiaan, kami sangat bersimpati dengan mereka,” katanya.
Ruj: MPP Online (9Mei 2012)
Monday, May 7, 2012
Titisan
Air Mata Seorang Ibu
Entah
kenapa hati ini terusik dengan peristiwa Che Tom di dalam Berita TV3 semalam; yang telah dipergunakan oleh UMNO. Che Tom
telah diupah untuk menitiskan air mata seorang ibu. Licik sungguh UMNO yang
sanggup “mengupah” seorang ibu untuk melakonkan skrip yang telah mereka
sediakan. Sungguh licik permainan politik UMNO kali ini. Sanggup UMNO
memperdaya ketulusan dan keluhuran hati seorang ibu untuk menghina anak lelakinya
sendiri. Memang UMNO jahat….Memang UMNO
licik.
TETAPI:
Memang
yang jahat adalah UMNO. Memang yang hitam kelam adalah UMNO. Memang yang
tersohor dengan politik murahan adalah UMNO. Memang yang bangkrup politik
adalah UMNO. Dan yang suka fitnah dan mengumpat adalah UMNO. Pendek kata UMNO
kalau diletak di dalam gelap nescaya tiada langsung cahayanya.
Dannnn
yang indah itu PKR. Yang murni itu adalah PKR. Yang bercahaya itu adalah PKR. Yang
paling bersih adalah PKR dan yang paling suci adalah PKR. PKR ibarat sebiji
berlian yang terpancar dari nirwana.
Tetapi
kenapakah Timbalan Presidennya tidak semurni parti yang dipimpinnya? Kenapakah
Timbala Presidennya sangat dayus? sangat pengecut dan sangat bacol sehingga ibu
dan adik sendiri "sempat" dibeli oleh UMNO yang jahat itu. Bukankah
setelah bapanaya arwah Haji Ali telah pergi buat selamanya terpikullah segala
tanggungjawab keluarganya di bahu insan yang bernama Azmin bin Ali yang
berkebetulan berjawatan Timbalan Presiden PKR. Jika ahli PKR yang jumlahnya
jutaan orang boleh Tuan Azmin kawal dan arah dan sentiasa patuh arahannya takkanlah sebuah keluarga bahagia yang kecil
bilangan itu tidak tertanggung oleh Tuan? Ini adalah amanah arwah ayahanda di
atas jemala Tuan. Allah mengingatkan kita agar menjaga nyawa, harta benda dan
marwah kita. Jika kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam masa yang sama kita membiarkan keluarga kita tiris untuk diselinap
oleh UMNO yang jahat itu, ketua keluarga apakah ini? Apabila rumah kita
dimasuki penjahat; maka kita ambil jalan mudah menuduh orang lain yang jahat
tetapi kita tidak pernah kunci pintu keluarga kita dengan ikatan kasih sayang
di dalam keluarga. Walaupun tangisan Mak Tom semalam adalah tangisan yang
diupah oleh UMNO yang jahat itu; tetapi keluarga Tuan Azmin sebenarnya telah
bocor dan tiris dengan begitu mudah sehingga UMNO yang jahat dan musuh yang
nyata itu sempat masuk....Fikir2le Tuan Azmin jangan nanti orang kata "hati
ibu sorang kita tak boleh jaga alangkah pula nak memerintah rakyat
jelata." Wallahu Alam
“Bikinlah
seperti kita cakap”
Sunday, April 29, 2012
SIAPA KATA BERSIH GAGAL???
Sebenar-benarnya BERSIH amat berjaya. Sama ada
BERSIH I atau BERSIH 3.0.
Tahniah, syabas dan tabek kepada BERSIH....
BERSIH amat berjaya:
1. Memusnahkan ekonomi negara; natijahnya apabila ekonomi negara musnah, rakyat akan derita dan pastinya rakyat akan berfikir apa punca sebenarnya? Jika rakyat rasional maka sudah pasti rakyat akan menyalahkan BERSIH.
2. Merosakkan nama baik negara di mata dunia, padahal untuk meletakkan Malaysia di tahap sekarang bukanlah sesuatu kerja dan tugas yang mudah. Maka BERSIH telah berjaya menjadi seperti tikus mambaiki labu.
3. Mengaibkan dan memalukan negara Malaysia di mata dunia yang sudah pasti akan memberi implikasi yang amat buruk kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara.
4. Menjadi dalang kepada "orang luar" yang sentiasa iri hati dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia walaupun Malaysia tidak mengambil penasihat dari luar untuk membina sebuah negara yang majmuk. Ini terbukti pada era 97/98. Walaupun banyak negara di dunia pada ketika itu telah meminjam dan menerima syarat IMF tetapi Malaysia tidak mengambil langkah demikian kerana takut dijajah ekonomi.
5. Membuka pintu seluas-luasnya kepada musuh-musuh negara untuk menyerang negara sama ada secara terang atau sembunyi. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpegang kepada ajaran Sunni. Dengan kata lain Malaysia adalah menjadi kubu Islam di Asia Tenggara dan Malaysia juga sebuah negara kecil amat tidak bersetuju dengan dasar-dasar Yahudi/Israel. Atas pendirian ini sudah pasti kita sentiasa terancam oleh mereka yang pro Yahudi jika kita tidak berhati-hati. Mereka akan mengguna apa saja alasan untuk campurtangan dan masuk campur di dalam hal ehwal negara kita jika kita dengan sengaja membuka pintu untuk polis dunia memasuki negara kita. Apalah lagi jika kita menjemput dan mengalu-alukan mereka masuk.
6. Menakutkan pelancong atau pelabur luar untuk datang ke Malaysia. Jika usaha ini tidak di bendung secara tuntas kesannya kepada pelancong/pelabur amat buruk. Mereka sudah tentu akan berasa amat cuak untuk datang ke Malaysia kerana gambaran yang mereka nampak ialah Malaysia adalah negara yang sentiasa huru hara dan yang paling ditakuti ialah Malaysia diletakkan sebagai negara pengganas.
7. Merobah pemikiran orang luar daripada positif kepada negatif kerana kita kena ingat untuk menanam sebatang pokok akan mengambil tenaga dan masa yang sangat banyak tetapi untuk menumbangkannya akan mengambil masa beberapa saat sahaja.
8. Mununjukkan sikap dan sifat BERSIH yang sebenar. Pemimpin BERSIH berkata BERSIH adalah perhimpunan yang aman; tujuannya hanyalah membuat tuntutan berkait SPR sahaja. Ia tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Namun yang jelas BERSIH telah amat dicemari dengan ideologi politik pembangkang. Amat ramai pemimpin pembangkang muncul dengan simbol politik masing-masing. Dan sangat ramai pula di kalangan pemimpin ini yang memberi ucapan dan arahan kepada yang hadir untuk mengabaikan semua arahan pihak berkuasa. "kita akan takluk dataran merdeka walaupun dengan darah" laungan ini amat memberi pengaruh kepada ramai orang untuk menjadi hilang akal. Dengan jelas BERSIH telah berbohong. Semua yang dikata satupun tidak dikota. Rakyat dapat melihat dan menilai semua ini. Dan sudah pasti ia akan memberi implikasi kepada mereka yang di atas pagar. Maka jelas sifat hipokrit atau munafik amat releven kepada orang yang rasional pemikirannya. Dengan kata lain BERSIH berjaya membuka pekong di dalam ususnya yang busuk lagi menjijikkan.
9. Menunjukkan kedangkalan dan kebodohannya kerana Dato' Ambiga bukannya calang-calang personal dalam bidang undang-undang, beliau adalah seorang peguam yang tersohor apatah lagi suatu ketika pernah memimpin seluruh "lawyer" di Malaysia. Dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki tidak mungkin Dato' Ambiga tidak tahu, tidak maklum dan tidak faham dengan arahan mahkamah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita nampak BERSIH amat berjaya menunjukkan "tulang belakangnya" yang sebenar iaitu : tidak tahu nak hormat dengan undang-undang negara di mana bumi dipijak dan langit dijunjung. Orang biasa usahkan nak bantah arahan mahkamah, nak "tembo" lampu merah di tepi jalanpun takut biarpun ketika itu jam 3.00 pagi. Tetapi nampaknya BERSIH berjaya mendidik rakyat marhain bahawa undang-undang hanyalah untuk orang "biasa" tetapi untuk yang orang belajar dan hadham dengannya "tak jadi kudis dan gatal".
10. Menyusahkan rakyat jelata khususnya di sekitar Lembah Klang. Dengar kata ( hear n say ) Kuala Lumpur dilanda "jem" besar dan kuat kesan dari sebuah agenda dari seorang yang bijak. Maka kedengaranlah di merata tempat mulut yang menyumpah seranah kepada BERSIH. Mereka amat marah dan benci dengan BERSIH walaupun sebelum ini mereka adalah golongan yang simpati dengan BERSIH.
11. Membuatkan rakyat semakin muak dan memualkan dengan perbuatan BERSIH. Usaha yang dilaksanakan sebenarnya telah menjadi "boomereng". Dengan sifat keegoan dan ganasnya kumpulan BERSIH ini menyebabkan rakyat hilang simpati kepada mereka, sebaliknya mereka sudah membencinya. Mudah kata perhimpunan yang dianjur oleh Dato' Ambiga yang dinama BERSIH itu sebenarnya suatu usaha Ambiga yang amat jitu untuk menghancurkan semua parti pembangkang dan sebaliknya secara tak langsung memberi kredit yang besar kepada kerajaan. Semua tingkah laku buruk semasa perhimpunan itu sudah pasti akan digunakan sepenuhnya secara eksklusif oleh pihak yang berkepentingan untuk menarik perhatian rakyat untuk membenci pembangkang dan pada masa yang sama menyokong mereka. Gambar-gambar kereta polis yang diterbalikkan, gambar pegawai polis dan wartawan yang berlumuran darah itu sudah pasti akan banyak memberi impak kepada musuh pembangkang. Sayang sekali PR kurang arif dengan percaturan ini; mereka banyak dicaturkan oleh beberapa pemimpin baru di dalam politik yang banyak dipengaruhi oleh sentimen dan emosi bukannya rasional. Akhirnya BERSIH sebenarnya menjadi peluru yang akan makan tuan kerana tersilap catur.
Syabas dan Tahniah BERSIHHHH
Wallahu alam.
Friday, April 27, 2012
Wednesday, February 22, 2012
A LETTER
from mom and Dad
…….. My Child,
When I got old,
I hope you understand
and have patient with me
In case I break a plate,
or spill soup on the table because
I m loosing my eyesight,
I hope you don’t yell at me
Older people are sensitive.
….. always having selfpity when you yell
When my hearing gets worse
and I can’t hear what you’re saying,
I hope you don’t call me “Decaff”
please repeat what you said or
write it down.
I’m sorry my child,
……… I’m getting older.
When my knees get weaker,
I hope you have patience to
Help me set up
Like how I used to help you while you
were little,
Learning how to walk.
Please bear with me
When I keep repeating my self
Like a broken record
I hope you just keep listening to me
Please don’t make fun of me,
or
Get sick of listening to me
Do you remember when you were little
and you wanted a ballon?
You repeated yourself over and over
until you get what you wanted
………. please also pardon my smell.
I smell like an old person
Please don’t force me to shower.
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold.
I hope I don’t gross you out.
Do you remember when you were little?
I used chase you around
Because you don’t want to shower
I hope you can be patient with me
when I’m always cranky
it’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older
And if you have spare time,
I hope we can talk
Even for a few minutes
I’m always all by my self all the time
And have no one to talk to
I know you’re busy with work.
Even if you’re not interested in my stories,
Please have time with me.
Do you remember when you were little!
I used to listen to your stories
about your teddy bear.
When the time comes
and I get ill and bedridden,
I hope you have the patience to
take care of me.
IM SORRY
If i accidentally wet the bed
or make a mess
I hope you have the patience to
take care of me during the last
few moments of my life
I’m not going to last much longer, anyway
When the time of my death comes,
I hope you hold my hand
And give me the strength to face death
And don’t worry……….
When I finnaly meet our Allah……..
I will whisper in his ear
To BLESS you…
Because you loved
Your mom and Dad.
Thank you very much for your care.
We Love You.
with much love,
Mom and Dad
from mom and Dad
…….. My Child,
When I got old,
I hope you understand
and have patient with me
In case I break a plate,
or spill soup on the table because
I m loosing my eyesight,
I hope you don’t yell at me
Older people are sensitive.
….. always having selfpity when you yell
When my hearing gets worse
and I can’t hear what you’re saying,
I hope you don’t call me “Decaff”
please repeat what you said or
write it down.
I’m sorry my child,
……… I’m getting older.
When my knees get weaker,
I hope you have patience to
Help me set up
Like how I used to help you while you
were little,
Learning how to walk.
Please bear with me
When I keep repeating my self
Like a broken record
I hope you just keep listening to me
Please don’t make fun of me,
or
Get sick of listening to me
Do you remember when you were little
and you wanted a ballon?
You repeated yourself over and over
until you get what you wanted
………. please also pardon my smell.
I smell like an old person
Please don’t force me to shower.
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold.
I hope I don’t gross you out.
Do you remember when you were little?
I used chase you around
Because you don’t want to shower
I hope you can be patient with me
when I’m always cranky
it’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older
And if you have spare time,
I hope we can talk
Even for a few minutes
I’m always all by my self all the time
And have no one to talk to
I know you’re busy with work.
Even if you’re not interested in my stories,
Please have time with me.
Do you remember when you were little!
I used to listen to your stories
about your teddy bear.
When the time comes
and I get ill and bedridden,
I hope you have the patience to
take care of me.
IM SORRY
If i accidentally wet the bed
or make a mess
I hope you have the patience to
take care of me during the last
few moments of my life
I’m not going to last much longer, anyway
When the time of my death comes,
I hope you hold my hand
And give me the strength to face death
And don’t worry……….
When I finnaly meet our Allah……..
I will whisper in his ear
To BLESS you…
Because you loved
Your mom and Dad.
Thank you very much for your care.
We Love You.
with much love,
Mom and Dad
Subscribe to:
Posts (Atom)