Wednesday, February 22, 2012
from mom and Dad
…….. My Child,
When I got old,
I hope you understand
and have patient with me
In case I break a plate,
or spill soup on the table because
I m loosing my eyesight,
I hope you don’t yell at me
Older people are sensitive.
….. always having selfpity when you yell
When my hearing gets worse
and I can’t hear what you’re saying,
I hope you don’t call me “Decaff”
please repeat what you said or
write it down.
I’m sorry my child,
……… I’m getting older.
When my knees get weaker,
I hope you have patience to
Help me set up
Like how I used to help you while you
were little,
Learning how to walk.
Please bear with me
When I keep repeating my self
Like a broken record
I hope you just keep listening to me
Please don’t make fun of me,
or
Get sick of listening to me
Do you remember when you were little
and you wanted a ballon?
You repeated yourself over and over
until you get what you wanted
………. please also pardon my smell.
I smell like an old person
Please don’t force me to shower.
My body is weak.
Old people get sick easily when they’re cold.
I hope I don’t gross you out.
Do you remember when you were little?
I used chase you around
Because you don’t want to shower
I hope you can be patient with me
when I’m always cranky
it’s all part of getting old.
You’ll understand when you’re older
And if you have spare time,
I hope we can talk
Even for a few minutes
I’m always all by my self all the time
And have no one to talk to
I know you’re busy with work.
Even if you’re not interested in my stories,
Please have time with me.
Do you remember when you were little!
I used to listen to your stories
about your teddy bear.
When the time comes
and I get ill and bedridden,
I hope you have the patience to
take care of me.
IM SORRY
If i accidentally wet the bed
or make a mess
I hope you have the patience to
take care of me during the last
few moments of my life
I’m not going to last much longer, anyway
When the time of my death comes,
I hope you hold my hand
And give me the strength to face death
And don’t worry……….
When I finnaly meet our Allah……..
I will whisper in his ear
To BLESS you…
Because you loved
Your mom and Dad.
Thank you very much for your care.
We Love You.
with much love,
Mom and Dad
Wednesday, February 15, 2012

Kenyataan Anwar tak gugat Pakatan, kata Mat Sabu
SHAH ALAM – Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik sokongannya terhadap Israel meskipun Majlis Syura memutuskan beliau harus berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.
“Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.
“Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian berhubung tindakan Majlis Syura yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya mengenai Israel. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu tindakan yang tidak betul.
Nik Abdul Aziz menyarankan kepada Anwar sekiranya kenyataan itu telah diputar belit, beliau seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Mohamad berkata, apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak menggugat hubungan antara parti yang ada dalam PR, malah Pas masih tetap bersama.
“Apa yang berlaku tidak akan menggugat hubungan kami dalam PR, kami mempunyai dasar perjuangan yang sama, dan saya yakin rakyat memahami perkara ini,” katanya.
Dipetik dari: Portal Perak Today
Komen:
Inilah yang terjadi di dalam organisasi PAS. Presiden kata A Timbalan pula kata B dan Mursyidul Am pula kata C. Sikap ingin jadi juara di dalam organisasi sendiri ini telah lama berlaku di dalam PAS. NG pernah menulis berkait isu royalty minyak di Kelantan dulu. Apabila PM DS Najib akan beri wang tersebut tetapi bukan atas nama Royalty tetapi sebagai bantuan kepda rakyat Kelantan, TGDS Nik Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan Kelantan mengalu-alukan dan menyambut baik langkah yang diambil oleh DS Najib. Namun dalam ketika dan masa yang sama Husam Musa telah membuat pendirian bahawa Kelantan menolak bantuan itu. Siapa Husam untuk membuat kenyataan tersebut sedangkan TG Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar sudah menyambut baik langkah tersebut. Inilah yang dikatakan nak jadi juara di dalam reban sendiri.
Hari ini berlaku lagi kisah yang sama di dalm PAS. Majlis syura sudahpun membuat keputusan di dalam mesyuarat menggesa DS Anwar menarik balik kenyataannya berhubung sokongan terhadap Israel atau saman WSJ atas penyiaran kenyataan DS Anwar tempoh hari. Keputusan yang dibuat oleh PAS adalah keputusan dasar yang diputuskan di dalam mesyuarat yang resmi. Ia bukan keputusan main-main. Maka sepatutnya semua ahli terutamanya barisan kepimpinan tertinggi akur dan menghormati keputusan tersebut. Soal ada yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut hendaklah dikemukakan di dalam mesyuarat dan apabila mesyuarat telah tamat dan sudah buat keputusan, tidak sesiapa lagi yang boleh membuat sebarang bantahan terhadap keputusan yang dibuat oleh mesyuarat. Inilah adab dan prinsip kita beroganisasi.
Namun mengikut kenyataan yang diberi oleh Mat Sabu kepada Sinar Harian amat menyedihkan. Beliau langsung tidak menghormati keputusan mesyuarat syura yang mungkin beliau sendiri hadir. Beliau seolah-olah mengingkari kerputusan mesyuarat bahkan memberi pandangan sendiri. Mat Sabu kena sedar bahawa beliau adalah orang nombor dua di dalam PAS, maka segala kata beliau adalah kata PAS dan sudah tentu ia menjadi dasar. Beliau kena jaga tutur katanya takut orang akan kata kita tak sedar bahawa masih nombor satu di dalam PAS.
Nampaknya terlalu ramai jogho di dalam PAS dan sikap tidak hormat parti semakin .....
Sunday, January 1, 2012
Kembali Ke Sekolah
Semalan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Palajaran ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah di Damansara menyatakan lebih seratus ribu kerusi dan meja murid telah diagih ke semua sekolah yang memerlukan. Dengan kata isu murid tiada kerusi dan meja pasti tidak akan berlaku.
Beliau juga menyatakan bahawa program seorang murid: satu set buku teks, satu kerusi dan satu meja tetap akan dilaksana seperti tahun-tahun lepas. Beliau memberi jaminan tidak akan berlaku murid tiada meja atau kerusi bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan 2012. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidik khususnya YAB Penteri Pelajaran yang begitu perihatin. Kami bersyukur.
Namun mungkin YAB Menteri terlupa dengan cerita lama yang insyaAllah akan berulang lagi pada tahun ini. NG harap tulisan ini tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Tujuan NG ingin sebut di sini ialah agar isu ini akan menjadi KPI utama Kementerian Pelajaran untuk tahun 2012 agar isu ini tidak berulang lagi.
NG pernah sebut sebelum ini banyak kali di dalam banyak perjumpaan dengan pihak tertentu agar ISU TIADA GURU di sekolah dapat diatasi segera kerana ia adalah isu serius.
Buat apa set buku teks lengkap serta kerusi mejanya cukup tetapi guru tiada di sekolah untuk mengajar anak-anak kita.
NG merayu kepada semua yang berkaitan tolonglah selesaikan isu guru tiada ini seperti yang sentiasa berlaku setiap tahun.
Wallahu Alam
Selamat Tahun Baru…Selmat Tahun Baru….
Inilah ucapan yang saban tahun diulang dan dilafaz setibanya 31 Disember.
Maka pelbagai upacara atau majlis yang diadakan sepanjang 31 Disember menjelang tengah malam, bagi menyempurnakan acara sambutan tahun baru. Gembiranya kita kerana menyambut tahun baru yang akan menjelma. Sukanya kita kerana esok akan datang tahun baru yang bakal menjelang. Maka berhimpunlah seluruh rakyat jelata; tua dan muda, anak bini orang tak kira agama dan keturunan bagi menyambut tahun baru. Dari raut wajah tergambar sifat kegembiraan yang amat sangat. Berduyun-duyunlah mereka ke tempat majlis yang akan diadakan “pesta” tersebut.
Pabila matahari mulai hilang di ufuk maka pesta rasmi menjelang tahun baru pun bermula. Pelbagai ragam bentuk acara dipersembahkan tidak berhenti-henti menunggu menjelang tengah malam. Maka gegak gempitalah majlis tersebut dengan tepuk sorak dan hilai tawa yang hadir. Berhiburlah katakan.
Dan apabila tiba detik dua belas malam, maka kemuncak acarapun bermula. Terang benderang dan bergemerlapanglah langit dengan kilauan jutaan cahaya bunga api diselang seli dengan bunyi dentuman membelah langit. Sekali lagi suara riuh rendah bagai halilintar membelah bumi bergegar di tapak majlis tersebut. Alangkah meriahnya majlis sambutan tahun baru kali ini. Semua yang hadir tersenyum lebar kerana berpuas hati dengan acara dan persembahan yang berjalan.
Apapun: banyak soalan yang boleh kita tanyakan……jawablah sendiri dengan rasional sendiri berpandukan akal budi dan iman…
Friday, September 30, 2011
TPM arah siasatan murid dihalang duduki UPSR
2011/09/29
PONTIAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jemaah Nazir melakukan siasatan terhadap dakwaan lima murid Sekolah Kebangsaan Telok Sira, Baling, Kedah, tidak dibenarkan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh guru mereka.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata, beliau berasa amat dukacita jika dakwaan itu terbukti benar dan akan mengambil tindakan terhadap guru besar atau pengetua sekolah berkenaan.
"Jikalau (dakwaan) benar, saya amat dukacita," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau akan menggunakan kuasanya di bawah akta sebagai Menteri Pelajaran bagi memberi peluang kepada murid berkenaan untuk mengambil peperiksaan UPSR pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Katanya, dalam keghairahan pengetua dan guru besar mengejar pencapaian sekolah, mereka tidak boleh berkompromi dengan hak pelajar untuk mengambil peperiksaan.
Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan akhbar hari ini bahawa lima murid sekolah berkenaan diarah oleh guru mereka supaya tidak mengambil peperiksaan UPSR.
Ia menyusul kejadian yang sama di Bintangor, Sarawak baru-baru ini apabila enam murid di sebuah sekolah rendah dikurung oleh guru mereka bagi mengelakkan mereka daripada mengambil peperiksaan UPSR.
Bagaimanapun, Muhyiddin mengarahkan keenam-enam murid berkenaan mengambil peperiksaan terbabit pada tarikh terdekat ini. - BERNAMA
NG - walaupun ia terjadi pada 0.00001% calon/murid; apa pandangan kita? Di mana laungan integriti? Di mana keikhlasan dan kejujuran kita?
Sunday, July 10, 2011

Sekitar jam 5.00 sore tanggal 9 Julai 2011 (semalam) acara persembahan badut di sekitar KL dikatakan tamat. Tahniah kepada semua yang menganjur, menyokong dan yang menghadirkan diri di sana semalam kerana berjaya mengaibkan negara Malaysia yang tercinta. Ketahuilah berjuta salinan gambar peristiwa semalam baik yang hidup atau gambar yang mati (still foto) akan mula tersebar di seluruh dunia mulai semalam. Segala episod yang dikatakan zalim dan jahat akan dieksploit sehebatnya di seluruh media dunia yang berniat ingin menjatuhkan mana-mana negara yang mereka sudah pilih. Semua episod ini akan ditayang dan dihidangkan dengan pelbagai cara demi memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Percayalah mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memburukkan Malaysia agar seluruh reputasi Malaysia yang baik akan menjadi hancur lebur. Dan ketika itu ekonomi Malaysia akan hancur, harga barang meningkat gila, segala pelaburan akan ditarik balik, peluang kerja kepada rakyat untuk mencari rezeki akan tersepit dan akhirnya rakyat menjadi gelisah dan tertekan. Ketika inilah mudah bagi mereka menghasut rakyat untuk menentang pemerintah dengan apa carapun. Natijahnya baanyak negara di dunia sudahpun melalui episod ini yang akhirnya menyesal tetapi menyesal kemudian sudah tidak berguna kerana negara sudah tergadai dan semua dasar dan keputusan akan dibuat oleh orang luar. Akhirnya yang paling malang ialah rakyat. Tolonglah kita celik mata luas-luas dan perhatikan berapa banya negara Islam yang sudah jatuh dan sekarang semuanya terpaksa menyembah “orang” menagih simpati.
Mereka bukan memilih pemimpin untuk dijatuhkan sebenarnya tetapi mereka akan memilih negara yang mereka boleh buat keuntungan jika negara itu menjadi porak peranda. Mereka peduli apa dengan Najib ke, Nik Aziz ke atau Hj Hadi ke; yang penting Malaysia menjadi huru-hara dan porak peranda maka ketika itu mereka dengan bibir yang tersenyum manis menghulur tangan kononnya ingin memberi bantuan. Selepas diberi bantuan, mulalah kita menggadai bodi kerana budi yang dihulurkan. Ibarat pembela polong yang gunakan polongnya untuk meraih wang daripada orang sakit akibat polongnya itu.
Maka sekali tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjatuh dan mengaibkan negara kita semalam. Kita kena ingat walaupun peristiwa itu berlaku hanya beberapa detik sahaja tetapi modal yang kita sumbangkan kepada para kapitalis dunis adalah tidak ternilai harganya. Dari sedikit sumbangan yang kita hulurkan itu akan memberi mereka peluang untuk mengeksploitkannya sehingga cita-cita untuk menakluk Malaysia akan berjaya. Mereka tak perlu menghantar tenter seperti di Iraq dan Iran dan mereka juga tidak perlu melantik di kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri atau Presiden cukuplah sekadar selepas ini mereka melantik badut-badut di kalangan kita untuk menjadi tali barut dan papaet merea bagi mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Maka berbanggalah kita kerana ada sedikit sumbangan kita untuk menjatuhkan negara kita. Sebenarnya kitalah yang menghulur tali untuk mereka mengikat diri kita. Kita yang berusaha memanggil musuh untuk masuk ke dalam rumah kita untuk mereka rompak apa sahaja hatta maruah kita.
Fikir2kanlah.....
Saturday, July 9, 2011
Soalan: Kenapa 'bersih' nak berhimpun?
Jawab: Mereka nak berarak ke Istana Negara
Soalan: Kenapa nak ke Istana Negara
Jawab: Mereka nak hantar Memorandum
Soalan: Memorandum apa?
Jawab: Berkait SPR yang tak telus dan menjadi alat kerajaan
Soalan: Kepada siapa mereka hantar memorandum tu:
Jawab: Mereka nak hantar memo SPR kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong
Soalan: Oh begitu. Habis kenapa semalam waktu Ambiga jumpa Agong dia tak serah terus memo tu? Bukankah Ambiga jumpa Agong di Istana Negara semalam? Bodoh betul Ambiga , padahal semalam dia jumpa Agong, serahlah memo tu terus. Tak payahlah menyusahkan orang.
Jawab: Oh betul juga. Kenapa ramai orang tak boleh fikir ya.......mesti ada ..........