Sunday, January 1, 2012

Kembali Ke Sekolah

Semalan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Palajaran ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah di Damansara menyatakan lebih seratus ribu kerusi dan meja murid telah diagih ke semua sekolah yang memerlukan. Dengan kata isu murid tiada kerusi dan meja pasti tidak akan berlaku.

Beliau juga menyatakan bahawa program seorang murid: satu set buku teks, satu kerusi dan satu meja tetap akan dilaksana seperti tahun-tahun lepas. Beliau memberi jaminan tidak akan berlaku murid tiada meja atau kerusi bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan 2012. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidik khususnya YAB Penteri Pelajaran yang begitu perihatin. Kami bersyukur.

Namun mungkin YAB Menteri terlupa dengan cerita lama yang insyaAllah akan berulang lagi pada tahun ini. NG harap tulisan ini tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Tujuan NG ingin sebut di sini ialah agar isu ini akan menjadi KPI utama Kementerian Pelajaran untuk tahun 2012 agar isu ini tidak berulang lagi.

NG pernah sebut sebelum ini banyak kali di dalam banyak perjumpaan dengan pihak tertentu agar ISU TIADA GURU di sekolah dapat diatasi segera kerana ia adalah isu serius.

Buat apa set buku teks lengkap serta kerusi mejanya cukup tetapi guru tiada di sekolah untuk mengajar anak-anak kita.

NG merayu kepada semua yang berkaitan tolonglah selesaikan isu guru tiada ini seperti yang sentiasa berlaku setiap tahun.

Wallahu Alam

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru…Selmat Tahun Baru….

Inilah ucapan yang saban tahun diulang dan dilafaz setibanya 31 Disember.

Maka pelbagai upacara atau majlis yang diadakan sepanjang 31 Disember menjelang tengah malam, bagi menyempurnakan acara sambutan tahun baru. Gembiranya kita kerana menyambut tahun baru yang akan menjelma. Sukanya kita kerana esok akan datang tahun baru yang bakal menjelang. Maka berhimpunlah seluruh rakyat jelata; tua dan muda, anak bini orang tak kira agama dan keturunan bagi menyambut tahun baru. Dari raut wajah tergambar sifat kegembiraan yang amat sangat. Berduyun-duyunlah mereka ke tempat majlis yang akan diadakan “pesta” tersebut.

Pabila matahari mulai hilang di ufuk maka pesta rasmi menjelang tahun baru pun bermula. Pelbagai ragam bentuk acara dipersembahkan tidak berhenti-henti menunggu menjelang tengah malam. Maka gegak gempitalah majlis tersebut dengan tepuk sorak dan hilai tawa yang hadir. Berhiburlah katakan.

Dan apabila tiba detik dua belas malam, maka kemuncak acarapun bermula. Terang benderang dan bergemerlapanglah langit dengan kilauan jutaan cahaya bunga api diselang seli dengan bunyi dentuman membelah langit. Sekali lagi suara riuh rendah bagai halilintar membelah bumi bergegar di tapak majlis tersebut. Alangkah meriahnya majlis sambutan tahun baru kali ini. Semua yang hadir tersenyum lebar kerana berpuas hati dengan acara dan persembahan yang berjalan.

Apapun: banyak soalan yang boleh kita tanyakan……jawablah sendiri dengan rasional sendiri berpandukan akal budi dan iman…

Friday, September 30, 2011

Berita Harian Online

TPM arah siasatan murid dihalang duduki UPSR

2011/09/29

PONTIAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jemaah Nazir melakukan siasatan terhadap dakwaan lima murid Sekolah Kebangsaan Telok Sira, Baling, Kedah, tidak dibenarkan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh guru mereka.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata, beliau berasa amat dukacita jika dakwaan itu terbukti benar dan akan mengambil tindakan terhadap guru besar atau pengetua sekolah berkenaan.

"Jikalau (dakwaan) benar, saya amat dukacita," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan menggunakan kuasanya di bawah akta sebagai Menteri Pelajaran bagi memberi peluang kepada murid berkenaan untuk mengambil peperiksaan UPSR pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Katanya, dalam keghairahan pengetua dan guru besar mengejar pencapaian sekolah, mereka tidak boleh berkompromi dengan hak pelajar untuk mengambil peperiksaan.

Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan akhbar hari ini bahawa lima murid sekolah berkenaan diarah oleh guru mereka supaya tidak mengambil peperiksaan UPSR.

Ia menyusul kejadian yang sama di Bintangor, Sarawak baru-baru ini apabila enam murid di sebuah sekolah rendah dikurung oleh guru mereka bagi mengelakkan mereka daripada mengambil peperiksaan UPSR.

Bagaimanapun, Muhyiddin mengarahkan keenam-enam murid berkenaan mengambil peperiksaan terbabit pada tarikh terdekat ini. - BERNAMA

NG - walaupun ia terjadi pada 0.00001% calon/murid; apa pandangan kita? Di mana laungan integriti? Di mana keikhlasan dan kejujuran kita?

Sunday, July 10, 2011


TAHNIAH DAN SYABAS????

Sekitar jam 5.00 sore tanggal 9 Julai 2011 (semalam) acara persembahan badut di sekitar KL dikatakan tamat. Tahniah kepada semua yang menganjur, menyokong dan yang menghadirkan diri di sana semalam kerana berjaya mengaibkan negara Malaysia yang tercinta. Ketahuilah berjuta salinan gambar peristiwa semalam baik yang hidup atau gambar yang mati (still foto) akan mula tersebar di seluruh dunia mulai semalam. Segala episod yang dikatakan zalim dan jahat akan dieksploit sehebatnya di seluruh media dunia yang berniat ingin menjatuhkan mana-mana negara yang mereka sudah pilih. Semua episod ini akan ditayang dan dihidangkan dengan pelbagai cara demi memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Percayalah mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memburukkan Malaysia agar seluruh reputasi Malaysia yang baik akan menjadi hancur lebur. Dan ketika itu ekonomi Malaysia akan hancur, harga barang meningkat gila, segala pelaburan akan ditarik balik, peluang kerja kepada rakyat untuk mencari rezeki akan tersepit dan akhirnya rakyat menjadi gelisah dan tertekan. Ketika inilah mudah bagi mereka menghasut rakyat untuk menentang pemerintah dengan apa carapun. Natijahnya baanyak negara di dunia sudahpun melalui episod ini yang akhirnya menyesal tetapi menyesal kemudian sudah tidak berguna kerana negara sudah tergadai dan semua dasar dan keputusan akan dibuat oleh orang luar. Akhirnya yang paling malang ialah rakyat. Tolonglah kita celik mata luas-luas dan perhatikan berapa banya negara Islam yang sudah jatuh dan sekarang semuanya terpaksa menyembah “orang” menagih simpati.

Mereka bukan memilih pemimpin untuk dijatuhkan sebenarnya tetapi mereka akan memilih negara yang mereka boleh buat keuntungan jika negara itu menjadi porak peranda. Mereka peduli apa dengan Najib ke, Nik Aziz ke atau Hj Hadi ke; yang penting Malaysia menjadi huru-hara dan porak peranda maka ketika itu mereka dengan bibir yang tersenyum manis menghulur tangan kononnya ingin memberi bantuan. Selepas diberi bantuan, mulalah kita menggadai bodi kerana budi yang dihulurkan. Ibarat pembela polong yang gunakan polongnya untuk meraih wang daripada orang sakit akibat polongnya itu.

Maka sekali tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjatuh dan mengaibkan negara kita semalam. Kita kena ingat walaupun peristiwa itu berlaku hanya beberapa detik sahaja tetapi modal yang kita sumbangkan kepada para kapitalis dunis adalah tidak ternilai harganya. Dari sedikit sumbangan yang kita hulurkan itu akan memberi mereka peluang untuk mengeksploitkannya sehingga cita-cita untuk menakluk Malaysia akan berjaya. Mereka tak perlu menghantar tenter seperti di Iraq dan Iran dan mereka juga tidak perlu melantik di kalangan mereka untuk menjadi Perdana Menteri atau Presiden cukuplah sekadar selepas ini mereka melantik badut-badut di kalangan kita untuk menjadi tali barut dan papaet merea bagi mencapai hasrat dan cita-cita mereka. Maka berbanggalah kita kerana ada sedikit sumbangan kita untuk menjatuhkan negara kita. Sebenarnya kitalah yang menghulur tali untuk mereka mengikat diri kita. Kita yang berusaha memanggil musuh untuk masuk ke dalam rumah kita untuk mereka rompak apa sahaja hatta maruah kita.

Fikir2kanlah.....


Saturday, July 9, 2011

Ada Orang Tanya Saya.....

Soalan: Kenapa 'bersih' nak berhimpun?
Jawab: Mereka nak berarak ke Istana Negara
Soalan: Kenapa nak ke Istana Negara
Jawab: Mereka nak hantar Memorandum
Soalan: Memorandum apa?
Jawab: Berkait SPR yang tak telus dan menjadi alat kerajaan
Soalan: Kepada siapa mereka hantar memorandum tu:
Jawab: Mereka nak hantar memo SPR kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong
Soalan: Oh begitu. Habis kenapa semalam waktu Ambiga jumpa Agong dia tak serah terus memo tu? Bukankah Ambiga jumpa Agong di Istana Negara semalam? Bodoh betul Ambiga , padahal semalam dia jumpa Agong, serahlah memo tu terus. Tak payahlah menyusahkan orang.

Jawab: Oh betul juga. Kenapa ramai orang tak boleh fikir ya.......mesti ada ..........
Sedutan Dari 'Gerakan Timur'

MESTI BACA: 14 Dalil Mengapa Islam dan Melayu WAJIB Tolak AmPIGa BeerShit!!!

AmPIGa adalah tunjang kepada IFC, pertubuhan harami yang mendesak agar:


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.


2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Kadang-kadang sukar untuk kita fahami pemikiran ahlul PAS dan Melayu Islam PKR yang sanggup menolak tepi perkara-perkara diatas.

Apakah mereka tidak sedar bahawa perjuangan harbi laknatullah sekadar berdemo Bersih, tanpa punya cita-cita lain? Perlu diingatkan PAS dan PKR adalah tidak berkuasa, berdasarkan apa yang berlaku di negeri2 yang ditadbir Fuckatan. Apakah mereka BERANI menentang seandainya agenda laknatullah ini direalisasikan nanti?

Nak berkerjasama dan perpaduan pun tak berani, inikan pula menentang!!!

Atau mereka tidak faham antara kafir dzimmi dan kafir harbi?

Malangnya, mereka mendabik dada kononnya lebih ISLAM dari orang lain. Jangan menang sorak, kg tergadai...

Wednesday, July 6, 2011


PATUTKAH ???????????

Minggu lepas ada beberapa orang wartawan menghubungi NG bertanya dan ingin pendapat NG patutkah kakitangan awam menyertai perhimpunan haram yang bakal diadakan pada 9 Julai nanti di KL?

NG hanya memberi pendapat seperti berikut:

1. Sebelum menyertai apa juga aktiviti kita MESTI benar-benar kenal dan tahu siapa yang menganjur aktiviti tersebut.

2. Kita juga mesti kenal siapa penganjur itu luar dan dalam. Pendek kata, semua yang berkait dengan diri penganjur ini kita kena tahu termasuk sejarah hidupnya.

3. Selain itu, kita juga MESTI tahu objektif/tujuan aktiviti itu diadakan. Ini termasuk yang tersurat dan tersirat.

4. Lepas tu kita juga MESTI tahu organisasi yang melaksanakan aktiviti itu sebuah organisasi yang sah di sisi undang-undang negara atau tidak.

5. Yang paling penting kita MESTI siasat dan ambil tahu tentang punca dana yang bakal dicunakan untuk aktiviti tersebut. Adakah dana yang digunakan itu HALAL atau HARAM.

6. Yang MAHA penting: Adakah tujuan/objektif aktiviti itu sesuai dan selari dengan kehendak, naluri dan tujuan hidup kita sendiri. Dan adakah aktiviti itu akan membawa faedah kepada kita sendiri dan alam semesta.

7. Sebagai seorang individu yang mukallaf kita juga kena tahu adakah aktiviti yang akan diadakan itu akan memanfaatkan negara atau sebaliknya.

8. Dan yang paling, paling, paling, paling mustahak dan penting ADAKAH KITA IKHLAS DAN JUJUR dengn segala keputusan yang akan kita ambil. ADAKAH KITA MEMANG SENGAJA DAN SEDAR dengan semua tindakan kita? Atau kita HANYA MENJADI PAK TURUT YANG AMAT JAHIL DI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN.

NG harap semua di antara kita; JANGANLAH MEMBUAT SESUATU TANPA KITA BERFIKIR KERANA FIKIR ITU PELITA HATI; IKUT RASA BINASA, IKUT HATI KITA AKAN MATI; SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA; JANGAN TERHANTUK BARU NAK MENGADAH.......

Namun setelah kita FIKIR dan MEMBUAT PENILAIAN yang paling rasional terpulanglah kepada KITA SENDIRI kerana implikasinya orang lain tak tahu. Aku yang tebang maka akulah ynag akan pikul...

Wassalam... Fikir2kanlah